Selalunya janji temu pertama antara seorang jejaka dan seorang gadis sering berkisar sebagai sesi suai kenal dan menghabiskan masa mengenali hati budi masing-masing dengan gembira. Tetapi tidak bagi janji temu ini kerana ia lebih berkisar kepada keutamaan menikmati hidangan lazat dan mahal sehingga tidak mampu dibayar.

Seorang jejaka yang juga seorang pelajar baru-baru ini telah berkongsi kisahnya di dalam Reddit tentang bagaimana janji temu pertamanya di sebuah restoran berakhir dengan rasa tidak puas hati antara satu sama lain apabila seorang gadis telah membuat pesanan hidangan mewah bernilai RM517 (€110) dan kemudian dia meminta pemuda ini membayarnya.

Kredit : Atlanta Buzz / Gambar Hiasan

Gadis ini telah menempah satu hidangan udang karang bernilai RM140 (€30) dan sebotol wain bernilai RM370 (€80), manakala pemuda ini hanya menempah satu hidangan ringkas spaghetti carbonara dan sebotol bir yang berharga RM82 (€17.50).

Janji temu itu berjalan dengan lancar sehingga bil hidangan dibawa di hadapan pemuda ini. Sudah tentu seorang pelajar tidak mampu membayar hidangan mahal, jadi pemuda ini mencadangkan mereka membayar hidangan yang telah dipesan dengan wang masing-masing.

Kredit : My Recipes / Gambar Hiasan

Apabila pemuda ini mengajak gadis tersebut keluar berjanji temu sekali lagi, dia berasa amat terkejut apabila ajakannya telah ditolak. Pemuda ini berasa hairan dan terkejut dengan reaksi gadis ini yang berkata di dalam mesejnya :

“Selepas apa yang kamu lakukan pada janji temu yang lepas, kamu masih berharap saya akan keluar lagi dengan kamu? Wow! Sudahlah kamu membuat saya membayar makanan dan minuman sendiri, sementara kamu pula hanya membayarnya untuk diri sendiri!”

Dengan jelasnya, gadis tersebut begitu mengharapkan pemuda malang ini membayarkan kesemua bil yang ternyata berat sebelah itu tanpa membahagi dua kepada bahagiannya. Pemuda ini membalas mesej itu dengan antara butirannya seperti berikut :

“Jadi? Kamu yang mengajak saya keluar. Kamu ini dikira beruntung kerana tidak perlu membayar untuk makanan saya juga. Saya hanya makan carbonara dan meminum bir, sementara kamu mendapat seekor udang karang dengan wain €80.”

“Makanan saya hanya €17.50 sementara kamu punya €110, dan kamu sangat berharap saya akan membayarkannya untuk kamu? Saya ini hanya seorang pelajar kamu tahu.”

Kemudian gadis ini menjawab, “Lelaki sejati selalunya membayar bil makanan seorang wanita, tetapi saya rasa kamu bukan lelaki sejati.”

Dan pemuda ini membalas, “Sebenarnya saya seorang lelaki sejati. Itu sebabnya saya bertahan di situ dan tidak pergi semasa kamu asyik bercakap tentang bagaimana kamu suka sangat dengan si dia dan kamu teringin sangat untuk keluar dengannya.”

Kredit : Reddit

Pemuda ini kemudian mendedahkan yang dia biasanya membayar bil dengan bertanggungjawab, tetapi memandangkan dia seorang pelajar yang bekerja selama 60 jam seminggu untuk membayar makanan, buku dan lain-lain perbelanjaan, adalah amat masuk akal apabila gadis tersebut perlu membayar sendiri hidangannya yang mahal itu.

Katanya, “Terus terang dikatakan yang saya ini sebenarnya tidak mampu membayar 110 euro untuk hidangannya itu. Saya mengajaknya keluar sekali lagi untuk meminta maaf akan masa yang lalu itu, dengan harapan kami boleh beralih ke tempat yang lebih murah dan boleh berdamai serta menyelesaikan masalah, tetapi seperti yang kamu lihat, keputusannya agak teruk.”

Kredit : findemaxa / Gambar Hiasan

Tambahan pula, gadis ini telah bercakap tanpa henti tentang bagaimana dia suka dengan seorang lelaki lain di hadapan pemuda ini dan kemungkinan untuk keluar dengan janji temu yang kedua itu menjadi amat mustahil.

Selepas perbalahan di media sosial ini menjadi tatapan ramai netizen, maka mereka mula mengkritik gadis ini kerana menggunakan seorang lelaki untuk membolehkannya mendapat makanan yang mahal dan sedap.

Seorang netizen menulis, “Bayangkan wajahnya apabila mendapat tahu dia perlu membayar hidangan 110 euro itu dengan wangnya sendiri.”

Manakala seorang lagi netizen menulis, “Walaupun orang lain sanggup membayar makanan itu, jika saya berada di tempat kamu, saya tidak akan mengambil kesempatan. Siapa agaknya yang telah membesarkan kamu dengan sikap begini?”

Sumber : Reddit

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds