Beberapa bulan kebelakangan ini, kita sering melihat kemunculan penipu di media sosial yang mempromosikan diri mereka sebagai ‘pengumpul duit syiling lama.

Dalam sindiket berkenaan, mereka dikatakan menawarkan sejumlah wang tertentu bagi mendapatkan duit syiling tersebut daripada para pengguna Facebook dan juga Instagram.

Menerusi satu perkongsian di Facebook pada Oktober tahun lalu, Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) telah mengeluarkan satu amaran bagi mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan helah ‘pembeli duit syiling’ ini.

Kredit: Carousell

Pihak tidak bertanggungjawab ini melakukan operasi mereka dengan menawarkan wang bagi membeli duit lama di akaun media sosial pengguna terutamanya di Facebook dan Instagram.

Sekiranya anda memberikan maklum balas terhadap mesej berkenaan, ‘pengumpul wang lama’ ini akan menawarkan jumlah bayaran yang lebih tinggi sehingga mencapai nilai 10 kali ganda!

Kredit: SAYS

Jika anda terpedaya dengan tawaran berkenaan dan bersetuju dengan segala syarat, pihak berkenaan seterusnya akan meminta butiran akaun bank anda bagi membolehkan pembayaran dilakukan secara atas talian dan sebagainya. Seterusnya, anda akan diberitahu bahawa pembayaran telah pun dibuat ke akaun anda tapi hakikatnya, akaun bank anda telah disekat.

Kredit: Ustaz Mohamad Hanif Haron/Facebook

Kemudian, akan ada seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan Bank Negara atau Kastam Malaysia menghubungi anda dan menuduh bahawa anda telah melakukan satu jenayah serta perlu membayar denda, cukai, insurans dan sebagainya.

Kredit: Bank Negara Malaysia

Jika anda terpedaya, begitu mudah mereka boleh mengambil wang anda dengan begitu sahaja. Justeru, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya apabila melibatkan transaksi jual beli secara atas talian ini.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular