Keju merupakan satu bahan masakan yang sangat enak dimakan dengan apa sahaja. Sesuatu makanan pasti akan menjadi berkali-kali ganda lebih lazat jika ditambah dengan keju…

Baru-baru ini, seorang netizen dikenali sebagai Puan Riesha Iman telah mengongsikan resipi sos keju ala KFC yang sangat menyelerakan dan mudah serta tidak memerlukan kos yang tinggi!

Kredit: Riesha Iman | Facebook

Anda pastinya boleh berjimat dengan menyediakan resipi ini daripada meminta pesanan tambahan keju di premis makanan lain.

Bahan-bahan:

Kredit: Riesha Iman | Facebook

  •  6 keping keju
  • 150g marjerin
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan susu krim penuh
  • 1 sudu tepung gandum yang dibancuh bersama 1/2 cawan air suam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

Kredit: Riesha Iman | Facebook

  1. Pertama sekali, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencairkan marjerin bersama susu di dalam periuk kecil. Setelah kedua-dua bahan ini sebati, masukkan pula susu krim penuh
  2. Kemudian, masukkan kepingan keju satu demi satu sehingga cair
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya iaitu pati kiub ayam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan gula
  4. Setelah kesemuanya sebati, masukkan air bancuhan tepung tadi. Pada peringkat ini, adunan anda akan berubah menjadi lebih pekat dan likat
  5. Akhir sekali, tutup api dan biarkan sejuk. Anda juga boleh memasukkan sos keju yang telah siap dimasak ke dalam mesin pengisar bagi menjadikannya lebih halus dan tidak berketul.

Kredit: Riesha Iman | Facebook

Bagi memastikan sos keju yang enak ini tahan lama, simpan di dalam peti sejuk dan dijamin ianya boleh bertahan sehingga dua minggu! Namun, jika anda seorang penggemar keju, pastinya sos keju ini akan habis licin dalam sekelip mata sahaja kerana kesedapannya yang tidak terhingga!

Kredit: Riesha Iman | Facebook

Bagaimana? Mudah dan jimat bukan? Apa tunggu lagi? Beli semua bahan-bahan dan cubalah resipi ini. Selamat menjamu selera!

Sumber: Riesha Iman | Facebook , Jom Masak Ayan

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds