Apabila melihat wajah ayu wanita ini, tiada siapa yang boleh menyangka kerjayanya. Kerjaya sebagai porter yang memerlukan seseorang mengangkat barangan berat lazimnya didominasi oleh kaum lelaki. Namun, uniknya bagi wanita ini, dia memilih kerjaya sebagai porter untuk melangsungkan kehidupannya.

Kredit: TVB (Official)/YouTube

Wanita yang bernama Zhu Qianpei ini dilaporkan telah berkhidmat sebagai porter selama 8 tahun. Sesiapa yang mengetahui tentang kerjayanya pasti akan tertanya-tanya sebab disebalik pemilihan kerjaya yang memerlukan tenaga yang banyak sebegini.

Menurut Zhu Qianpei, dia adalah anak perempuan sulung dalam keluarganya dan dia memliki sifat yang maskulin. Malah, bapanya juga lebih suka menganggapnya sebagai anak lelaki.

Kredit: TVB (Official)/YouTube

Zhu Qianpei mengatakan bahawa keluarganya tinggal berdekatan dengan dok ketika dia masih kecil, jadi ayahnya sering membawanya melihat operasi harian di terminal kontena. Hal ini menyebabkan dia merasakan bahawa dia telah dihubungkan dengan tugas “pengendalian” sejak kecil lagi.

Kredit: TVB (Official)/YouTube

Seterusnya, apabila Zhu Qianpei berada di sekolah menengah, bapanya gagal dalam perniagaan, dan kehidupan keluarganya menjadi semakin susah. Sebagai anak sulung, Zhu Qianpei mahu meringankan beban ibu bapanya, jadi dia memasuki “universiti sosial” dalam usia yang sangat awal.

Kredit: TVB (Official)/YouTube

Zhu Qianpei pernah bekerja sebagai kerani, pengawal keselamatan hotel, jurujual, tukang cuci, penyelamat, dan lain-lain, tetapi setiap pekerjaannya tidak bertahan lama. Hal ini adalah disebabkan oleh keperibadiannya yang “adil”, dia tidak suka dengan amalan tipu muslihat di tempat kerja.

Kredit: TVB (Official)/YouTube

Oleh kerana Zhu Qianpei sudah lali dengan industri pengendalian sejak kecil lagi, maka dia memutuskan untuk berkhidmat dalam bidang ini. Walaupun tugasnya sukar dan dia terdedah dengan risiko kecederaan, namun dia selesa melakukannya sementelah kerjaya ini juga membolehkannya berkerja dalam waktu yang fleksibel.

Selain daripada kebebasan bekerja, Zhu Qianpei juga membawa harapan keluarganya untuk terus bertahan dalam mencari rezeki. Zhu berkata bahawa dia tidak boleh jatuh kerana dia terpaksa menjaga keluarganya.

Kredit: TVB (Official)/YouTube

Apabila disoal tentang penderitaan dalam bekerja, Zhu menegaskan bahawa sememangnya kerjaya yang dipilihnya tidak memberi keselesaan dan pendapatan yang rendah, namun, kerjayanya ini memberikannya kepuasan. “Jika saya dapat menyelesaikan tugasan dengan lancar, saya akan berpuas hati,” katanya.

Kredit: TVB (Official)/YouTube

Walaupun Zhu Qianpei berkhidmat dalam bidang yang didominasi oleh kaum lelaki, namun, dia masih percaya bahawa dia masih mempunyai sisi kewanitaannya dan dia berbangga dengannya. Zhu masih gemar memasak dan kadang-kala dia akan bersiap dengan pakaian yang lebih feminin.

Tonton video penuh berkaitan wanita gagah ini di bawah:

Kredit: TVB (Official)/YouTube

Sumber: BL Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds