TOKYO: Seorang bayi comel dari Jepun kini muncul sebagai ‘intafamaous’ apabila dia telah diambl sebagai model iklan komersial syampu buat kali pertama. Bayi yang sememangnya memiliki rambut yang lebat semula jadi sejak lahir telah berjaya menarik perhatian ramai dengan keistimewaan yang dimiliknya itu.

Sumber gambar:  P&G JAPAN HAIR CARE COMMUNICATIONS

Bayi kecil yang bernama Chanco itu mula menawan hati orang ramai pada Mei tahun lepas ketika ibunya Mami Kano mula memuatkan gambar anak perempuan berusia empat bulan itu di media sosial. Gaya rambutnya yang ‘besar’ dan lebat itu membuatkan ribuan orang yang mula ‘membanjiri’ akaun Instagramnya. Percaya atau tidak dia kini mempunyai lebih daripada 345,000 orang pengikut di Instagram!

 

View this post on Instagram

 

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ 🎈HAPPY B-DAY🧸 🎀Babychanco😍🎉 . 1歳なりました❤️ . そして1歳記念にと @pantene_jp_official さんより、special giftが届きました❕👀💓 . people誌掲載がきっかけであれよあれよとこんな素敵なことに‼︎ ありがとうございました😊 . Baby Chanco is 1 years old!! To celebrate her birthday @pantene_jp_official has sent us a special gift!! So many great things have happened since People magazine did a story on Baby Chanco. Thank you so much 😊 . There is also English version!! . #母モンチ感動してます🥺 #髪つながりからのまさかの #パンテーン 笑 #pantene #さあこの髪で行こう #HairWeGo #TheHairyTale #語りがこれまたまさかの #近藤サト さん👩🏻‍🦳💓 #どんだけー🤣 #1yearanniversary #12ヶ月#12months#1year #爆毛#モンチさん#Monchhi♡ #partnershipwithPANTENE #thankyou

A post shared by 髪記録 / hair diary (@babychanco) on

Si kecil yang berusia satu tahun itu mula membintangi iklan pertamanya dengan syarikat Pantene milik P & G. Iklan tersebut menceritakan tentang “kisah rambut” Chanco sejak lahir dan dalam masa yang sama menggalakkan orang ramai untuk meraikan perbezaan mereka.

Kano, yang diwawancara oleh majalah People, berkata: “Saya sangat terkejut dengan reaksi (terhadap video), tetapi tetap berasa sangat bangga dengan pujian dari pelbagai negara.”

Dia berkata dia tidak bercadang untuk memotong rambut anak perempuannya. Kano juga menambah bahawa kunci untuk menjaga rambut anak perempuannya ialah dengan memberus dan membiarkannya “hidup seperti dia”.

Sumber: The Straits Times, babychanco/Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds