KUALA LUMPUR – Berdasarkan Statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2018, lebih 60 peratus daripada 6,742 kes kemalangan maut lalu lintas melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Kredit: BERNAMA

Berikutan itu, jabatan itu kini mengkaji cadangan untuk mengehadkan lorong kiri jalan raya khusus untuk pengguna motosikal terutama kapcai sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan maut bagi pengguna kenderaan itu.

Ketua Pengarah JKJR Datuk Rosli Isa berkata, pihaknya kini sedang melihat keberkesanan pelaksanaan langkah itu di negara-negara maju seperti Hong Kong dan Australia.

Katanya lagi, penggunaan lorong kiri untuk motosikal berkuasa kecil 150 cc dan ke bawah telah lama dipraktikkan di negara-negara tersebut.

Kredit: BERITA HARIAN

Di Malaysia, nyawa penunggang dan pembonceng motosikal diibaratkan ‘telur di hujung tanduk’ apabila ada antara penunggang motosikal terutama yang berkuasa kecil menggunakan lorong tengah dan kanan jalan raya.

Menurut Datuk Rosli Isa lagi, akibat daripada tindakan itu, mereka terdedah kepada risiko kemalangan dan kematian apabila dilanggar oleh kenderaan lain yang lebih besar.

“Kita juga akan melihat keperluan mengurangkan kelajuan motosikal 150cc dan ke bawah untuk dihadkan maksimum sekurang-kurangnya 70 kilometer perjam (km/j) kerana berdasarkan kajian lalu, faktor utama kemalangan maut motosikal adalah disebabkan ‘speeding’,” kata Datuk Rosli Isa ketika dihubungi Bernama.

Menurut Datuk Rosli Isa, pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan permotoran mengenai perkara tersebut.

Kredit: Google

Pada Rabu minggu lalu, Safety First yang merupakan sebuah kumpulan WhatsApp dilaporkan telah menyuarakan cadangan seumpamanya bagi mengurangkan kadar kematian yang amat tinggi membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal berkuasa rendah semasa berjumpa dengan  Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Kumpulan yang dianggotai kira-kira 500 orang itu berpendapat undang-undang seharusnya segera digubal bagi mengharamkan motosikal kecil menggunakan lorong tengah atau kanan jalan raya yang sepatutnya digunakan khusus oleh kereta dan kenderaan besar yang lain.

Sependapat dengan Datuk Rosli Isa, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kebanyakan penunggang motosikal berkuasa kecil di bandar-bandar besar sering dilihat menyelit di celah-celah kenderaan lain terutamanya di waktu puncak.

Apabila penunggang motosikal berkuasa kecil atau kapcai ini menyelit dan menggunakan lorong tengah dan lorong kanan, itu menyusahkan kenderaan besar yang lain walhal lorong tengah dan kanan adalah untuk kenderaan besar dan mereka yang memandu laju.

Kata Tan Sri Lee Lam Thye lagi, demi keselamatan penunggang dan pembonceng, sudah tiba masanya untuk kapcai dibenarkan menunggang di lorong kiri sahaja. Ini kerana disebabkan motor mereka bersaiz kecil maka risiko maut itu tinggi apabila mereka terlibat dalam kemalangan.

Beliau juga bimbang jika tabiat menggunakan lorong tengah dan kanan itu berterusan dan tidak dilihat dengan serius, kadar kemalangan maut dalam kalangan pengguna motosikal akan terus meningkat.

Sumber: SIAKAP KELIBERNAMA

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds