Kita seringkali memandang rendah akan keindahan yang dimiliki oleh bumi kita. Selain daripada kecantikan alam semulajadi dan fauna, dunia ini turut dipenuhi dengan pelbagai suku kaum dan masyarakat tertentu yang berkongsi budaya tradisi unik dan mempesonakan.

Justeru, seorang wartawan gambar British dikenali sebagai Jimmy Nelson telah memaparkan beberapa gambar puak minoriti yang terpinggir dan jarang dilihat oleh penduduk dunia lain.

Menerusi hasil gambar yang ditangkapnya, Jimmy merantau ke serata dunia bagi memberi peluang kepada masyarakat terpencil ini satu platform untuk berkongsi dan meraikan budaya serta adat resam masyarakat masing-masing kepada dunia luar.

#1 Balu Huli di wilayah Hela yang terletak di Papua New Guinea akan menghiasi diri mereka agar kelihatan seperti hantu

#2 Secara tradisionalnya, wanita di Kepulauan Marquesas memakai subang pada sebelah telinga bagi menunjukkan status mereka. Kanan untuk yang telah berkahwin manakala telinga kiri pula bagi yang masih bujang

#3 Kanak-kanak dari Gunung Bosavi

#4 Membela misai yang cantik merupakan satu pencapaian hebat bagi golongan lelaki dalam puak Rabari di India

#5 Perhiasan kepala berbulu ini merupakan sebahagian daripada pakaian tradisi masyarakat Papua New Guinea

#6 Tatu muka ini disebut sebagai Tã moko dan dipakai oleh golongan lelaki Maori di New Zealand

#7 Seorang budak lelaki dari suku kaum Yali, Indonesia

#8 Masyarakat Wodaabe adalah golongan animis yang mempercayai semangat dan alam semulajadi

#9 Puak Yakutia di Siberia sangat bangga dengan darah pemburu dalam diri mereka

#10 Golongan Ladakh di India turut mempunyai budaya yang hampir sama dengan masyarakat Tibet

Sumber: jimmy.nelson.official | Instagram , Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds