SHAH ALAM – Mulai 22 Januari 2019, tempoh operasi bagi 7 Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak dalam pusat beli-belah akan dilanjutkan sehingga 10 malam.

Kredit: Galleria @ Kotaraya

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pindaan waktu operasi tersebut diputuskan selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai yang memohon supaya UTC di beberapa lokasi dilanjutkan hingga 10 malam.

7 UTC yang terlibat ialah UTC Johor Bahru, UTC Shah Alam, UTC Keramat, UTC Seremban, UTC Kota Bharu, UTC Terengganu dan UTC Alor Setar. Waktu operasi semua UTC itu pada hari bekerja ialah dari jam 1 tengah hari hingga 10 malam manakala pada hari minggu pula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Kredit: Facebook | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan

Sementara itu 15 UTC lain di Kota Kinabalu, Keningau, WP Labuan, Tawau, Kuching, Miri, SIbu, Kangar, Sungai Petani, Iphon, Pudu Sentral, Bandaraya Melaka, Pasir Gudang dan Kuantan pula akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Menurut kementerian lagi, biarpun waktu operasi telah dipinda namun UTC kekal beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

Kredit: UTC Kelantan

“Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa yang sama perbelanjaan kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga,” katanya.

Sebelum ini, tindakan kerajaan PH yang mengumumkan akan memendekkan waktu operasi UTC di seluruh negara ternyata tidak mendapat persetujuan dan sokongan dari rakyat.

Sumber: SINAR HARIAN

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds