TURKI – Wanita ini mungkin berasa bahawa dirinya tidak diperhatikan oleh orang lain dan anggapannya itu ternyata salah. Hal ini kerana kamera keselamatan di luar sebuah kafe, berjaya merakamkan saat wanita itu keluar daripada kafe berkenaan yang terletak di Zonguldak.

Kredit: Boran Karahan|Facebook

Sejurus sahaja dia keluar daripada pintu kafe itu, dia ternampak seekor anjing liar yang sedang berbaring menahan kesejukan di depan kafe berkenaan.

Kredit: Boran Karahan|Facebook

Dia yang pada mulanya telah membuka payung untuk segera meninggalkan kafe berkenaan berasa tidak sampai hati dan kasihan dengan nasib anjing itu, lalu kemudiannya memutuskan untuk memberikan ‘sesuatu’ buat anjing berkenaan – selendangnya.

Kredit: Boran Karahan|Facebook

Wanita terbabit tanpa teragak-agak membentangkan selendangnya di atas badan anjing yang sedang berbaring itu bagi menutupi dan menghangatkan tubuh anjing berkenaan. Sungguh menyentuh hati!

Kredit: Boran Karahan|Facebook

Rakaman video berkenaan walau bagaimanapun telah dimuat naik dan menerima perhatian ramai pengguna media sosial di seluruh dunia. Seorang pengguna berkata, “Kemanusian masih lagi wujud”. Akhirnya, wanita yang berhati murni berkenaan berjaya dikenalpasti identitinya iaitu Duygu Elma oleh seorang daripada rakannya.

Kredit: Duygu Elma

Elma dilaporkan tidak pernah menyangka bahawa dirinya akan mendapat pujian kerana bertindak sedemikian. Dia hanya mempu memberikan selendangnya sahaja pada ketika itu dan ia dirasakan perkara yang tepat untuk dilakukan.

“Saya tidak sangka tindakan saya itu akan mendapat perhatian orang ramai. Saya masih lagi terkejut akan perkara itu. Cuaca ketika itu sangat sejuk dan saya tidak sampai hati melihatnya menggigil kesejukan”, jelas Elma pada The Dodo.

Walaupun tindakan Elma terhenti di situ sahaja namun dia yakin akan ada insan lain yang akan menjaga kebajikan anjing tersebut. Hal ini kerana imej rakyat Turki yang sememangnya sangat penyayang terhadap haiwan. Maka tidak hairanlah masih ramai lagi insan seperti Elma di sana. Jadi, diharapkan agar kisah Elma ini memberi inspirasi kepada kita juga agar kita turut mengikut jejak langkah Elma mulai sekarang.

Tonton rakaman video tersebut di bawah:

Sumber: The Dodo

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds