AFRIKA SELATAN – Seorang wanita bernama Simone Serfontein telah menemui seekor anak tupai yang terjatuh daripada pokok tanpa kehadiran ibunya pada bulan Oktober 2016.

“Kami menjumpainya ketika keadaannya masih lagi kecil, tidak berbulu dan bewarna merah jambu. Ketika itu usianya baru mencecah 5-6 hari dan tupai berkenaan ada membuat bunyi seakan memanggil-manggil ibunya tetapi hampa kerana ibunya tidak pernah datang,” jelas Simone.

Berasa kasihan pada anak tupai itu, Simone memutuskan untuk membelanya kerana anak haiwan sebesar itu pasti tidak dapat melangsungkan hidupnya jika dibiarkan begitu sahaja. Namun, Simone mengakui bahawa membesarkan tupai bukanlah satu tugasan yang mudah, walaupun ia merupakan makhluk kecil dan comel. Simone memberikannya nama Dingetjie.

“Untuk beberapa minggu pertama, saya memberinya makan pada setiap jam. Malah pada waktu malam, saya akan tetapkan penggera pada jam untuk memberinya makan selain membantu Dingetjie menghadapi ‘waktu tandasnya’,” jelas Simone. Wanita itu juga turut membawa Dingetjie bersamanya ketika kerja bagi membolehkan tupai berkenaan tidur berdekatan dengan tubuhnya.

“Saya menempatkannya di dalam sebuah kotak kasut dengan selimut di dalamnya, namun Dingetjie tidak mahu tidur. Dingetjie berasa selesa dan selamat dengan saya dan sehingga ke hari ini, Dingetjie akan tidur bersama saya di katil,” cerita Simone. Lama-kelamaan, tupai berkenaan mempunyai tempat istimewa di hati Simone.

“Kami lazimnya akan membawanya bersama ke mana-mana sahaja kami pergi dan nampaknya Dingetjie sukakannya. Dingetjie akan keluar daripada sangkarnya di dalam kereta dan akan ke bahu kami. Nampaknya Dingetjie suka berjalan bersama kami.”

Simone tahu bahawa dia perlu melepaskan kembali tupainya itu ke habitat asalnya. Namun, Dingetjie tidak mahu berpisah dengan tuannya. Selepas meluangkan masa bersama di luar rumah untuk pertama kalinya, Dingetjie akan pulang semula ke rumah. Ia seolah-olah sudah menjadi rutin buat tupainya itu untuk menghabiskan sedikit masa di luar rumah. Dingetjie akan balik menjelang malam.

“Namun, ada 3 malam di mana Dingetjie tidur di luar, tetapi pulang pada keesokan harinya,” kata Simone. Apabila tupainya itu mengandung, Dingetjie memilih untuk membuat sarang di rumah Simone berbanding di lokasi biasa iaitu pokok. Tupai berkenaan memilih untuk membina sarang di dalam sebuah laci di dalam rumah yang penuh dengan tisu tandas di dalamnya.

“Bersalin buat kali pertama tidak mudah buat seekor tupai kerana Dingetjie tidak bersedia dan ketika sedang mahu melahirkan, Dingetjie tertidur. Oleh itu, kami perlu memastikan agar Dingetjie kekal sedar bagi membolehkannya melahirkan anaknya. Proses berkenaan memakan masa selama sejam. Bayinya tidak berpusing dan ekornya keluar terlebih dahulu. Kami tahu bahawa bayinya tidak berjaya diselamatkan. Tetapi, semuanya berjalan lancar ketika kali kedua Dingetjie bersalin. Dingetjie lebih berisi dan besar daripada tupai betina biasa. Beberapa minggu sebelum dia melahirkan, saya dapat lihat dan rasa pergerakan di dalam perutnya.”

Pada bulan April, Dingetjie melahirkan Tinkie di dalam sarang yang dibinanya di dalam laci. Malangnya, bayi Dingetjie menninggal beberapa bulan kemudian.

Pada bulan September tahun lalu, Dingetjie sekali lagi melahirkan seekor bayinya bernama Mistie, dan sekali lagi Dingetjie diuiji kerana tidak berupaya menyusukan bayinya ekoran ketiadaan susu. Namun, syukurlah kini Mistie sihat dan bahagia bersama Dingetjie.

Lihatlah gambar bayi comelnya ini:

Sumber: Dingetjie the Squirrel|Facebook,Dingetjie the Squirrel|Instagram, Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds