Kemalangan merupakan perkara yang sering terjadi di mana-mana sahaja seandainya kita bersikap cuai. Tidak kiralah sama ada kemalangan di jalan raya, di tempat kerja mahupun di rumah, ianya tetap akan berlaku jika kita tidak berhati-hati.

Bak kata pepatah, malang itu tidak berbau…

Namun, sekiranya sesuatu kemalangan itu dapat dielakkan, tuah sememangnya menyebelahi anda.

Baru-baru ini, seorang pemandu bas wanita bernama Irina Ivic telah menerima sanjungan tinggi atas tindakan pantasnya menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada menjadi mangsa nahas kemalangan yang tragis.

Berdasarkan video berkenaan, dikhabarkan Irina yang berasal dari Milwaukee sedang memandu basnya tiga hari sebelum perayaan Hari Natal. Pada ketika itulah dia telah melihat seorang kanak-kanak kecil sedang merayau di jalan raya seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa.

Menurut Irina, kanak-kanak perempuan yang memakai baju berwarna merah itu dilihat tidak memakai kasut dan berlari-lari di tepi jalan raya yang sibuk.

“Ketika saya melihatnya, saya terus menghentikan bas di tepi jalan dan segera mendukungnya dan membawa masuk ke dalam bas”.

Memandangkan cuaca pada ketika itu sangat sejuk, seorang pengguna bas yang dipandu oleh Irina telah bertindak memberikan jaketnya untuk menyelimuti anak kecil yang kesejukan itu.

Tidak lama kemudian, pasukan kecemasan tiba dan menyatukan semula kanak-kanak ini ke pangkuan keluarganya. Tanpa adanya bantuan dari Irina, kemungkinan besar sesuatu yang dahsyat bakal berlaku kepada anak kecil ini.

Kejadian yang mengagumkan ini telah menular sehingga sampai ke pengetahuan majikan Irina yang kemudiannya memutuskan untuk menganugerahkan pemandu bas itu dengan sijil penghargaan di atas tindakan murninya itu.

“Jika saya berhadapan dengan situasi sama sekali lagi, sudah tentu saya akan membantu”.

Dunia ini sememangnya memerlukan lebih ramai manusia berhati mulia seperti Irina. Syabas!

Sumber: BBC

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds