Bekerja sambilan sebagai pemandu GrabFood di Malaysia telah mempertemukan Nur Atiqah dan Mohd Afandi yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Kredit: Thehayat.co

Pasangan merpati dua sejoli ini memuat naik beberapa keping gambar perkahwinan mereka di Facebook yang mana didedikasikan kepada perkhidmatan penghantaran makanan yang telah mempertemukan mereka berdua.

Kredit: Thehayat.co

Tema GrabFood yang menjadi pilihan pasangan ini menambahkan lagi keserian majlis perkahwinan mereka yang telah berlangsung pada 22 Disember 2018 di Sentul, KL.

Kredit: Thehayat.co

 

Catatan Atiqah di Facebook.

“Utk penghujung tahun 2018 ni….impian aku di realisasikan…penat lelah berpanas berhujan dan bertemu jodoh dalam 1 cabang yg sama……walaupun #GRABFOOD ada turun naik…cinta kami tetap utuh.”

Kredit: Thehayat.co

Pasangan ini telah mengenakan persalinan perkahwinan dengan rona hijau untuk dipadankan dengan warna skim GrabFood.

Kredit: Thehayat.co

Sebagai penghargaan atas hubungan baik kepada rakan sekerja, Atiqah dan Afandi tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar bersama dengan mereka. Pelbagai gaya dan gimik yang dilakukan oleh rakan-rakan sekerja pasangan ini yang ternyata sangat supporting!

Kredit: Thehayat.co

Kredit: Thehayat.co

Kredit: Thehayat.co

Pasangan ini juga merakam aksi ‘terjatuh’ untuk Falling Stars challenge. Mereka memang sporting!

Kredit: Thehayat.co

GrabFood Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas perkahwinan mereka. “Pasangan yang serasi, tahniah untuk Atiqah & Afandi!”

Kredit: mothership

Tahniah kepada Atiqah dan Afandi atas perkahwinan anda. Semoga perkahwinan ini akan dirahmati hingga ke syurga!

Kredit: Thehayat.co

Sumber: SAYS ,

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds