Buaya merupakan haiwan pemangsa liar yang digeruni ramai. Tidak ramai yang berani mendekati seekor buaya apatah lagi merapati semasa ia cedera malah membawanya pulang ke rumah.

Tapi, itulah yang dilakukan oleh Chito, seorang nelayan di Costa Rico.

20 tahun yang lalu, Chito menemukan seekor buaya panjang 17 kaki yang cedera ditembak dan sedang menghembuskan nafas terakhirnya di tepi sungai.

Pada ketika itu, Chito bernekad untuk menyelamatkannya dan segera membawa buaya tersebut pulang ke rumahnya. Chito menjaga dan memberikannya makanan malah menamakannya Pocho.

Chito tidak menyedari bahawa perbuatannya ini bakal memulakan sebuah persahabatan 20 tahun yang erat.

buaya2

Chito berkata, “Saya cuma harap dia (Pocho) dapat merasai kasih sayang dan tahu bahawa bukan semua manusia jahat”.

Selepas Pocho pulih sepenuhnya, Chito telah membawanya kembali ke tepi sungai, kembali ke habitat asalnya.

Tidak disangka-sangka, keesokan harinya, Chito menemukan seekor buaya di koridor rumahnya. Pocho rupa-rupanya! Semestinya Pocho telah berjalan semalaman hinggalah dia berjaya menemukan rumah Chito.

Pada saat itu, Chito sedar bahawa Pocho telah menganggapnya sebagai seorang kawan.

Untuk 20 tahun seterusnya, mereka berenang dan bermain bersama malah berpelukan.

buaya3

Pocho bukan sahaja begitu jinak dengan Chito tetapi juga “menyahut” apabila Chito memanggilnya.

Namun begitu, pada usia 50 tahun, Pocho lebih dahulu meninggalkan Chito. Kesedihan Chito atas pemergian kawan akrabnya itu tidak tergambar.

buaya4

Chito kini berusaha untuk menyebarkan kisah persahabatan mereka ke seluruh dunia untuk mengubah persepsi orang ramai terhadap haiwan liar.

Apa pula pendapat anda tentang kisah yang luar biasa ini?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds