Biskut Beruang Lotte menjadi kegemaran kanak-kanak dan remaja malahan orang dewasa di Jepun. Biskut yang enak serta rangup dan apa yang unik mempunyai pelbagai corak gaya beruang. Tahukah anda terdapat 500 gaya pada biskut beruang? Seorang netizen yang merupakan seorang remaja telah menghantar satu post di Twitter untuk menyahut cabaran dan berazam untuk mengumpul kesemua 500 gaya biskut beruang dalam satu hari.

Remaja lelaki ini mengumpulkan rakan-rakan dan meminta mereka membeli berkotak-kotak dan berpeket biskut beruang, dengan pelbagai perisa dan mula mencari kesemua gaya biskut beruang untuk dikumpulkan.

Kredit : boMb01

Untuk mempercepatkan proses pengumpulan 500 gaya biskut beruang dengan lebih sistematik, remaja ini telah mencetak kesemua gaya beruang comel itu dan menampalnya seperti papan carta.

Kredit : boMb01

Apabila menemui biskut beruang dengan gaya seperti pada cetakan, mereka memaku biskut beruang itu dengan pencungkil gigi yang halus.

Kredit : boMb01

Dalam jangka masa 3 jam, kebanyakan gaya biskut beruang telah dijumpai, meninggalkan baki 170 gaya biskut beruang.

Kredit : boMb01

Kasihan pula melihat biskut beruang yang dipaku dengan pencungkil gigi.

Kredit : boMb01

Aktiviti menyeronokkan yang dilakukan oleh sekumpulan remaja. Sungguh kreatif serta mereka sangat serius dan begitu berazam untuk berjaya.

Kredit : boMb01

9 jam sudah berlalu, dan 6 gaya biskut beruang belum dijumpai.

Kredit : boMb01

Mereka membongkar kesemua kotak yang ada yang dibuang di merata tempat. Tetapi masih belum menemui baki 6 gaya untuk melengkap koleksi 500 gaya biskut beruang.

Kredit : boMb01

Perlu memeriksa sekali lagi biskut yang ada untuk mencarinya. Pastikan dapat menemui biskut beruang ‘Sunlight’.

Kredit : boMb01

Dan ini rupanya biskut beruang gaya ‘Sunlight’ yang mereka cari, yang akhirnya ditemui.

Kredit : boMb01

Dalam masa 11 jam 19 minit, akhirnya mereka mengumpulkan kesemua 500 gaya biskut beruang Lotte. Mereka membuka 104 kotak biskut beruang perisa coklat, 80 kotak perisa strawberi dan 20 kotak perisa buah-buahan campuran. Satu projek besar dan unik yang dijalankan oleh sekumpulan remaja.

Kredit : boMb01

Mencari dan mengumpulkan 500 gaya biskut beruang Lotte pasti amat memenatkan, apatah lagi jika ia dibuat dalam masa kurang 24 jam. Tetapi sekumpulan remaja ini pasti berasa amat berpuas hati dan berbangga kerana telah berjaya dalam misi menyahut cabaran mengumpulkan 500 gaya biskut beruang.

Sumber : Cocomy

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds