Peserta America’s Got Talent, Micheal Ketterer menjadi tumpuan peminat di seluruh Amerika Syarikat apabila memberi persembahan memukau dengan suaranya yang mampu menyentuh hati dan perasaan sehingga membuat juri Simon Cowell menjadi sebak dan memberinya butang ‘Golden Buzzer’. Sungguhpun Micheal tidak memenangi American’s Got Talent pada tahun lalu, kisah di sebalik nyanyiannya yang syahdu akan membuat semua orang yang mendengar berasa sebak.

Kredit : Talent Recap/ YouTube

Micheal Ketterer dan isterinya, Ivey mempunyai seorang anak perempuan bernama Sophie. Ketika Sophie berusia 6 tahun, dia merayu kepada ibu bapanya supaya mendapatkannya adik-beradik lelaki.

Bermula dari situ, pasangan Ketterer telah mengambil tiga orang adik-beradik lelaki yang telah didera sebagai anak angkat. Kemudian mereka mengambil seorang anak gelandangan yang ditinggalkan, dan akhirnya seorang anak kecil kelainan upaya yang menghidap selebral palsi.

Kredit : Talent Recap/ YouTube

Sophie menyedari bapanya mempunyai bakat nyanyian yang boleh menyentuh hati semua, jadi dia telah mencadangkan kepadanya untuk mencuba nasib di dalam pertandingan bakat America’s Got Talent. Dan ternyata apa yang selalu dirasakan oleh Sophie turut dirasai oleh semua penonton termasuk para juri.

Bakat nyanyian Micheal dengan suara menusuk jiwa ketika menyampai lirik lagu sambil mengamati pengalaman yang dilaluinya ketika membesarkan anak-anak angkat yang diselamatkannya, turut dirasai oleh semua termasuk Simon Cowell yang berhati dingin.

Kredit : Talent Recap/YouTube

Ketika pengacara Tyra Banks bertanya mengapa Simon Cowell turut menitiskan air mata bersama penonton, juri ini berkata, “Hatinya sangat baik dan dia juga seorang penyanyi yang hebat. Saya berasa sangat tersentuh sekarang ini, benar-benar tersentuh.”

Kredit : Talent Recap/ YouTube

Dalam persembahan peringkat suku akhir America’s Got Talent musim yang lalu, Micheal Ketterer telah menyampaikan sebuah lagu menyentuh jiwa mengenai cinta, kasih sayang, keresahan dan kesakitan melalui pengalaman hidup. Perasaan itulah yang membuat para penonton dan semua juri berasa begitu terharu, termasuk Simon Cowell yang jarang menangis.

Lihat rakaman video di bawah.

Kredit: Talent Recap / YouTube

Sumber : Talent Recap / YouTube , Faith Tap

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds