Di dunia ini terdapat orang yang dilahirkan dengan kekurangan anggota tubuh badan. Namun apa yang menakjubkan ialah mereka tidak menggunakan kekurangan diri tersebut sebagai alasan untuk tidak berusaha memajukan diri.

Seperti kisah seorang lelaki dari Bandar Dumaguete Filipina ini, kegigihannya cukup mengagumkan!

Kredit: Denniz Futalan

Seorang lelaki tanpa tangan menjadi tular di media sosial apabila jurugambar Filipina, Denniz Futalan mengambil gambar hasil seninya. Gambar tersebut telah dikongsi oleh Top Gear Filipina, sebuah komuniti peminat automotif.

Setiap orang pasti akan kagum apabila mendapat tahu siapakah sebenarnya lelaki yang mencipta miniatur tersebut.

Kredit: Denniz Futalan

Mungkin anda menyangka miniatur itu diperbuat daripada mesin atau seseorang yang dikurniakan tangan yang mahir bertukang tetapi sebenarnya tidak.

Kredit: Denniz Futalan

Inilah lelaki yang mencipta miniatur tersebut!

Kredit: Denniz Futalan

Dia tidak memiliki tangan atau jari tetapi mampu melakukan kerja dengan begitu halus sehingga berjaya mencipta miniatur-miniatur tersebut.

Kredit: Denniz Futalan

Menurut Futalan, tukang kayu itu belajar mencipta miniatur basikal roda tiga dari seorang pemilik kedai khidmat elektronik digital di kawasan itu.

Kredit: Denniz Futalan

Kredit: Denniz Futalan

Model basikal roda tiga ini sangat kecil apabila diletakkan di atas tapak tangan malah ada model miniatur yang bersaiz setengah inci!

Maka tidak hairanlah jika harga sebuah model miniatur ini bernilai RM41.00 dan sekitar RM165.00 untuk model yang bersaiz lebih besar kerana kita boleh melihat kerja keras dan kesenian dalam setiap model tersebut.

Kredit: Denniz Futalan

Jika anda peminat miniatur mungkin model-model akan menjadi koleksi peribadi anda yang sangat bernilai kerana direka oleh seorang yang begitu istimewa.

Sumber: ELITE READERS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds