Sebuah kantin sekolah rendah di Pulau Pinang berubah wajah daripada sebuah kantin sekolah tipikal kepada sebuah kantin sekolah gaya baru yang lain daripada yang lain sehingga menjadi satu topik yang tular di media sosial.

Muat turun gambar kantin sekolah tersebut menunjukkan bilik makan guru diwarnakan dengan warna merah garang pada hiasan dalamannya serta warna perabot corak palet yang lembut sehingga menyemarakkan rasa seronok dan selesa kepada para guru dan pelajar untuk berkunjung ke kantin sekolah rendah ini. Transformasi kantin sekolah yang patut dijadikan contoh oleh semua pengusaha kantin yang lain.

Kredit :  Mohamad Ismail Amir /Facebook

Ramai yang memberi ucapan tahniah dan syabas kepada inisiatif pihak pengurusan kantin sekolah ini yang membantu pengusaha kantin mengubah suai kantin yang biasa kepada persekitaran dan suasana ala sebuah kafe atau restoran, serta hidangan yang disediakan untuk para guru seperti hidangan bufet di hotel.

Kredit : Mohamad Ismail Amir /Facebook

Jika dilihat pada hiasan dalamannya yang gah, kita pasti tidak menyangka ia adalah sebuah kantin sekolah rendah, kerana tempat ini kelihatan seperti sebuah restoran.

Kredit :  Mohamad Ismail Amir /Facebook

Kredit : Mohamad Ismail Amir/ Facebook

Perasaan guru-guru ini sudah pasti amat seronok untuk melangkah ke kantin sekolah setiap hari kerana dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah menyelerakan yang disediakan oleh pengusaha kantin.

Kredit :  Mohamad Ismail Amir/ Facebook

Harga makanan yang disediakan juga agak murah, dalam anggaran berpatutan antara RM1.00 hingga RM5.00. Air percuma juga disediakan di ruang legar.

Kredit :  Mohamad Ismail Amir /Facebook

Kredit : Mohamad Ismail Amir /Facebook

Perhatian utama sudah pasti diberikan kepada bahagian makanan para pelajar. Pelbagai pilihan hidangan menanti anak-anak ini. Daripada keropok lekor dan roti sandwic, kuih-muih serta pelbagai hidangan mi dan nasi untuk dipilih oleh para pelajar.

Kredit :  Mohd Fahmi Ahmad /Facebook

Kredit :  Mohamad Ismail Amir / Facebook

Kredit : Mohamad Ismail Amir / Facebook

Jika begini hidangannya, sudah pasti para pelajar meminta wang saku yang lebih daripada ibu bapa mereka kerana makanan di kantin sekolah lebih sedap dan menyelerakan.

Kredit :  Mohamad Ismail Amir / Facebook

Kredit :  Mohamad Ismail Amir / Facebook

Kredit : Mohamad Ismail Amir / Facebook

Dan bijirin sarapan berkhasiat Honey Star dan Koko Krunch juga disediakan.

Kredit : Mohamad Ismail Amir / Facebook

Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah dan pengusaha kantin yang mengambil inisiatif untuk mengubah penampilan kantin sekolah mereka menjadi hebat.

Kredit : Mohd Fahmi Ahmad / Facebook

Teruskan usaha yang konsisten sehingga ke hujung tahun! Sudah tentu akan menjadi contoh buat pengusaha kantin yang lain.

Sumber : SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds