HUNGARY – Terdapat beberapa keping gambar telah berjaya dirakamkan oleh seorang individu iaitu, Szabó Zoltán, yang menunjukkan keadaan Fonyód-Alsóbélatelep, telah bertukar menjadi ais ekoran suhu sejuk dan angin kencang yang melanda di kawasan Lake Balaton.

Difahamkan bahawa angin kencang dan tiruk ais berkenaan terhasil ekoran daripada suhu sejuk yang melanda pantai tersebut, di mana ia akhirnya menghasilkan permandangan yang begitu memukau.

Secara ringkasnya, Tasik Balaton merupakan tasik air tawar terbesar di kawasan Eropah Tengah. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai tasik ini. Salah satunya adalah air Tasik Balaton terdiri daripada radioaktif tahap sederhana. Namun, jangan cepat melatah kerana ia bukanlah sesuatu yang buruk.

Air tasik berkenaan mengandungi gas dan mineral terlarut dan oleh kerana itu, ia sangat bermanfaat untuk memulihkan gangguan reumatik dan saraf, pemulihan pasca operasi, dan sebagainya.

Justeru, dengan kejadian ini, Tasik Balaton ini kelihatan sangat indah dan tidak ubah seperti taman salji ajaib. Tidak percaya? Anda lihatlah sendiri gambar di bawah ini:

Sumber dan kredit: portrait_maffia|Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds