Oleh kerana cuaca di Taiwan menjadi lebih sejuk, kebanyakan ibu bapa membawa anak mereka ke hospital untuk mendapatkan suntikan mencegah penyakit demam selesema. Seorang bapa bernama Lin tidak terkecuali membawa anak lelakinya bernama Chris mendapatkan suntikan. Sudah tentu seorang anak kecil akan berasa takut kepada suntikan dan tahu ia berasa sakit. Tetapi reaksi si kecil Chris amat comel dan sopan, menunjukkan dia seorang anak yang baik.

Chris yang berusia 1 tahun 7 bulan dibawa di atas pangkuan bapanya sambil sebahagian seluarnya dibuka untuk menerima suntikan. Pada masa itu, dia sudah tahu jarum suntikan yang dipegang oleh makcik jururawat pasti untuknya dan dia sudah terasa sakit walaupun belum disuntik lalu menangis.

Kredit : Facebook

Jururawat ini dengan lembut memujuk Chris dan meminta bapanya, Lin membantu memegang dengan kuat peha dan kaki Chris supaya dia tidak berasa sakit apabila disuntik. Dengan selamba dan cepat Chris telah disuntik oleh makcik jururawat, tetapi dia menjerit kesakitan dan menangis dengan kuat.

Kredit : Facebook

Kemudian, sambil menangis teresak-esak, si kecil Chris tidak lupa mengucapkan “Terima kasih! Terima kasih!” sebanyak lima kali  kepada makcik jururawat dan memandangnya.

Kredit : Facebook

Jururawat pun memujinya. Beraninya si kecil Chris, anak yang baik dan sungguh bersopan! Didikan yang baik daripada ibu dan bapanya.

Lihat rakaman video comel ini di bawah.

Kredit : Facebook

Sumber :  Facebook , Cocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds