Seorang lelaki yang bernama David berkongsi kisah sedih mengenai bekas teman wanita yang dia fikir akan menerimanya seadanya tetapi ternyata sangkaannya salah.

Ketika dalam awal perhubungan, semuanya baik-baik saja dan mereka jarang bergaduh. Walau bagaimanapun, hubungan mereka menjadi keruh dan tegang apabila bekas teman wanitanya memberi perhatian lebih kepada kebendaan dan mula membandingkannya dengan lelaki lain.

Menerusi kisahnya, David menceritakan bagaimana bekas kekasihnya menjadi lebih materialistik sehingga dia enggan makan di gerai tepi jalan walaupun sebenarnya, sebelum ini pasangan itu sering makan di gerai tersebut.

(Gambar hanya sebagai ilustrasi)

David kemudian teringat akan kali pertama mereka berjumpa. Pada masa itu, dia sangat naif. David membuat kejutan di saat bekas teman wanitanya itu tidak menjangkakan apa-apa langsung daripadanya dan perkara lain yang tidak perlu menggunakan wang untuk melakukannya. Dia melakukan semua itu semata-mata untuk membuat kekasihnya bahagia.

(Gambar hanya sebagai ilustrasi)

Berdasarkan penampilannya, orang di sekelilingnya tidak menjangkakan dia datang dari keluarga kaya. Sebenarnya dia dilahirkan dalam keadaan serba mewah tetapi dia dididik dan dibesarkan supaya menjadi lelaki yang rendah diri. Dia tidak pernah menonjolkan kekayaannya.

David mendedahkan bahawa dia tidak perlu bimbang tentang perbelanjaan hidupnya tetapi menekankan bahawa dia lebih suka hidup dengan menggunakan pendapatan sendiri.

Dia tidak pernah memberitahu bekas kekasihnya tentang latar belakang keluarganya yang sebenar semasa awal hubungan mereka kerana mereka hanya menjalani kehidupan yang biasa. Mereka biasanya makan di gerai tepi jalan, menonton televisyen di rumah dan kadang-kadang keluar untuk menonton filem.

(Gambar hanya sebagai ilustrasi)

Tidak sampai beberapa bulan kemudian bekas teman wanitanya mula berubah dan suka menimbulkan isu dengannya.

“Kenapa lelaki lain dapat memberikan telefon pintar mahal kepada kekasih mereka, beg tangan dan pakaian berjenama tetapi kamu hanya membawa saya makan di gerai-gerai tepi jalan dan barang-barang pasar malam?” Dia teringat kata-kata kekasihnya yang dilontarkan kepadanya.

Akhirnya, mereka mula bergaduh dan kekasihnya memutuskan untuk berpisah. Patah hati, David meminta makan bersamanya untuk kali terakhir.

“Kita akan makan di gerai tepi jalan lagi? Apa yang lazat mengenainya? ” tanya kekasihnya.

David berjanji untuk membawanya makan di tempat yang lebih baik supaya wanita itu bersetuju.

Apabila hari itu tiba, David datang menjemputnya dengan menggunakan kereta BMW.

(Gambar hanya sebagai ilustrasi)

Sebaik sahaja dia melihat reaksi terkejut bekas kekasihnya itu, dia kecewa kerana apa yang dia lakukan selama ini tidak bermakna bagi bekas kekasihnya itu berbanding dengan apa yang ditunjukkan olehnya ketika itu.

Ekoran itu, David membawa bekas kekasihnya ke rumahnya yang besar, disambut oleh pembantu rumah dan mereka segera dibawa ke ruang makan. Mereka dihidangkan dengan makanan yang lazat dan mewah.

Dia kemudiannya memperkenalkan bekas kekasihnya itu kepada ibu bapanya sebagai rakan baik. Bekas kekasihnya itu tersenyum walaupun sedikit hairan dengan perkataan ‘rakan’ yang digunakan oleh David.

Itulah kali terakhir mereka makan bersama setelah wanita berkenaan memilih untuk menamatkan hubungan mereka. Jelas sekali wanita itu amat menyesal kerana membuat keputusan itu.

Selesai makan, David membawa pulang bekas kekasihnya dan sebelum keluar daripada kereta, wanita itu sempat meminta maaf dan sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, David menjawab, “Tidak mengapa. Saya tidak mampu memberikan kehidupan yang kamu mahukan”.

David menamatkan ceritanya dengan memberi peringatan bahawa walaupun wang mungkin memainkan faktor yang penting dalam hubungan, tetapi ia tidak akan bertahan lama jika cinta hanya berdasarkan kebendaan sahaja. Rupa yang baik dan kekayaan tetapi tidak pernah setanding dengan cinta yang tulen.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds