JOHOR BAHRU – Pada 10 Januari yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan memandu sendiri sebuah kereta keluaran pertama Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) Saga dari Istana Bukit Serene ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) bagi menghantar pulang Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir selepas lebih sejam mengadakan pertemuan.

Kredit: officialsultanibrahim|Instagram

Kredit: officialsultanibrahim|Instagram

Kereta Proton Saga bewarna biru yang lengkap dengan nombor plat Proton 1 itu merupakan kereta keluaran pertama PROTON yang dihadiahkan Tun Dr. Mahathir kepada Sultan Johor terdahulu, iaitu Almarhum Sultan Iskandar semasa baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1985.

Pertemuan yang diadakan antara Sultan Ibrahim dengan Tun Dr. Mahathir merupakan perjumpaan pertama mereka setelah kerajaan Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya ke-14 lalu.

Kredit: officialsultanibrahim|Instagram

Menurut wakil daripada Pejabat Perdana Menteri seperti yang dilaporkan Malaysiakini, Sultan Ibrahim meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sejak beberapa minggu yang lalu.

Baginda dan Tun Dr. Mahathir kelihatan ceria melambai kepada orang ramai di perkarangan Istana Bukit Serene

Kredit: Nazir Sufari|The Malaysian Insight

Berikut merupakan rakaman video Sultan memandu Proton Saga untuk menghantar Tun Dr. Mahathir ke lapangan terbang:

Kredit: Bernama News Channel/Facebook

Sumber:  Bernama News Channel/Facebook, The Star

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds