Bella Foxwell merupakan seorang jurugambar yang sangat berbakat dan seringkali menghasilkan gambar-gambar yang mengagumkan…

Antara projek gambar yang sering beliau hasilkan adalah gambar masyarakat London sedang berjalan dan juga gambar pintu. Menerusi akaun Instagramnya, Bella telah menonjolkan beberapa buah gambar pintu di seluruh London yang kelihatan sangat unik dan menarik!

“Saya mulakan akaun ini kira-kira dua setengah tahun yang lalu sebagai satu cabaran. Memandangkan saya sangat obses dengan pintu, jadi ia terasa sangat sebati dengan diri saya”.

Jelas Bella, terdapat beberapa sebab mengapa pintu sangat memberikan keterujaan kepadanya.

“Saya sangat mengagumi orang yang menghargai pintu hadapan mereka dengan mengecat dengan warna yang terang atau meletakkan alat pengetuk pintu yang luar biasa. Selain itu, pintu juga adalah sesuatu yang sangat simbolik. Sama ada ia kerana pintu melambangkan peluang baru atau mengingatkan kita kepada rumah. Ada sesuatu yang istimewa tentang pintu”.

Bella juga yakin bahawa pintu yang menarik dan berwarna-warni membuatkan individu menjadi lebih bersemangat. Bella turut mengumpul koleksi gambar pintu-pintu dari Notting Hill sehingga ke Brixton dan disebabkan oleh hasil kerjanya yang sangat memukau, Bella kini meraih lebih daripada 38,000 pengikut di Instagram!

“Biasanya saya akan mengkaji beberapa lokasi terlebih dahulu dan pergi ke sana untuk melihat apa yang boleh saya temui. Perasaan paling menggembirakan adalah apabila kita terseremoak dengan jalan yang dipenuhi pintu-pintu cantik yang kita tidak pernah tahu akan kewujudannya”.

Lihat beberapa koleksi gambar pintu yang berjaya diambil oleh Bella. Sungguh memukau!

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13

#14

#15

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds