SELANGOR – Pada 9 Januari yang lalu, seorang wanita yang juga merupakan seorang bidan dilaporkan tersesat kerana begitu mempercayai aplikasi navigasi untuk ke lokasi yang ditujuinya. Difahamkan bahawa mangsa tersesat ke dalam sebuah ladang kelapa sawit di Jenjarom.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang, menerusi Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hafizie Hassan, berkata bahawa pihaknya menerima panggilan memaklumkan insiden berkenaan pada jam 8:36 pagi.

Sepasukan anggota dihantar ke lokasi bagi mencari mangsa yang tersesat di sekitar Bandar Saujana Putra. “Bomba menerima laporan daripada seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang menaiki kereta jenis Nissan Almera yang tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas menggunakan aplikasi navigasi. Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan berjaya dibawa keluar daripada ladang berkenaan”, jelasnya.

Difahamkan bahawa wanita itu yang berasal dari Ulu Yam, sedang dalam perjalanannya untuk ke rumah salah seorang daripada pelanggannya di Saujana Putra.

“Dia bertindak mengikut aplikasi penunjuk arah berkenaan sehingga tiba di ladang kelapa sawit dan kemudian tayar keretanya pula tersangkut pada jalan berlumpur di sana, dan akhirnya tayarnya itu telah berjaya dikeluarkan,” kata Mohd Hafizie Hassan.

Sumber: Sinar Harian

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds