Apabila seorang kanak-kanak lelaki diberitahu oleh ibu bapanya masa untuk pulang ke rumah, dia tidak menangis ataupun membantah. Dia pergi ke orang yang berada berdekatan untuk memberi pelukan.

Ibu bapanya, Nick dan Stephanie Sasfly membawa anak lelaki mereka, Jude yang berusia dua tahun ke sebuah taman, di mana keluarga itu menikmati konsert santai bersama orang ramai sambil duduk di atas rumput.

Jude bersama bapanya, Nick

Kredit: Nick Sasfy|Facebook

Apabila sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah, Jude memastikan untuk mengucapkan selamat tinggal kasih sayang kepada orang yang tidak dikenalinya berdekatan mereka dengan memberi pelukan yang penuh kasih sayang.

Kredit: Nick Sasfy|Facebook

Nick berkongsi video gelagat comel Jude itu di Facebook pada dua bulan yang lalu. Video tersebut telah mendapat 39 juta tontonan semasa penulisan. Video tersebut juga menarik perhatian Daily Mail Australia yang memuat naik video itu di halaman Facebook mereka, yang berjaya mendapat 152 juta tontonan.

Pada awal rakaman, Jude memeluk kaki seorang lelaki yang berdiri di hadapannya. Kemudian, Jude mendekati orang-orang di taman tersebut dari belakang yang membuatkan mereka tidak menduga kehadirannya. Mereka kelihatan terkejut dan gembira dengan gelagat comel Jude itu.

Kredit: Nick Sasfy|Facebook

Walaupun ibu Jude kelihatan memohon maaf kepada orang-orang di taman tersebut, namun tiada seorang pun daripada mereka yang kelihatan terganggu dengan tindakan Jude tersebut.

Kredit: Nick Sasfy|Facebook

Malah, orang ramai kelihatan tersenyum dan dengan gembira membalas pelukan Jude tersebut. Pada akhir video, seorang kanak-kanak dilihat menawarkan Jude pelukan dan pelukan mereka menamatkan video tersebut.

Tonton video comel tersebut di bawah:

Sumber: Nick SasfyDaily Mail Australia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds