Secara ringkasnya, bakteria terbahagi kepada dua, iaitu bakteria baik dan jahat. Bakteria baik merupakan antara mikroorganisma hidup di dalam tubuh yang bermanfaat untuk kesihatan badan. Misalnya mikrobiota usus di mana ia membantu dalam sistem penghadaman selain menghasilkan nutiren vitamin.

Sebaliknya bakteria jahat pula mendatangkan kemudaratan pada kesihatan badan. Justeru, kita perlu ambil peduli akan perumah kepada bakteria jahat ini, lebih-lebih lagi benda yang berada di rumah kita. Berikut merupakan anda 6 benda yang lebih kotor daripada tandas :-  

#1 Papan pemotong

Kredit: CuttingBoard.com

Menurut hasil kajian oleh Universiti Arizona di Amerika Syarikat, papan pemotong yang sering digunakan dalam penyediaan makanan adalah 200 kali ganda lebih tinggi kandungan bakteria berbanding dengan tandas duduk. Lebih-lebih buat mereka yang menggunakan satu papan pemotong untuk semua bahan masakan – sayur, buah, malahan daging mentah. Papan pemotong diperbuat daripada kayu yang mempunyai kesan potongan pisau adalah lebih kotor kerana ia tidak mudah dicuci dengan cecair pembasmi kuman. Jadi, untuk lebih bersih, gunakan papan pemotong berasaskan plastik.

#2 Telefon

Kredit: The Times

Hasil kajian oleh Initial Washroom Hygiene pada tahun 2018 yang diterbitkan oleh Dailymail mendapati bahawa telefon bimbit adalah 6 kali lebih kotor daripada tandas duduk. Secara puratanya, terdapat 1,479 jenis bakteria pada telefon bimbit, berbanding 220 jenis bakteria pada tandas duduk. Buat pengguna ‘casing’ telefon bimbit jenis kulit pula, sebanyak 17 kali ganda lagi bakteria bertambah. ia tidak ditambah lagi dengan tabiat buruk sesetengah individu yang gemar membawa telefon bimbit ke tandas.

#3 Karpet

Kredit: Carpet Cleaning

Untuk pengetahuan anda, karpet menjadi lokasi kepada sarang pembiakan bakteria. Hal ini kerana ia mempunyai sejumlah 700 kali ganda bakteria yang lebih tinggi berbanding dengan tandas di rumah. Faktor utamanya adalah disebabkan oleh sel kulit mati daripada manusia. Mana tidaknya, kita sekeluarga gemar melepak di depan kaca televisyen di mana karpet terbentang, bukan? Antara bakteria yang boleh ditemui pada karpet adalah Salmonella, E. coli dan staphylococcus.

#4 Pili air

Kredit: Getbuybuild

Pili air merupakan antara perumah yang suka didiami oleh bakteria. Difahamkan bahawa pili air di tandas mempunyai 22 kali ganda bakteria manakala pili air di dapur pula mempunyai 44 kali ganda bakteria lebih tinggi daripada tandas. Kajian juga membuktikan bahawa bakteria daripada pili air ini lebih mudah menyebarkan bakteria kepada manusia kerana sering digunakan oleh ramai orang.

#5 Papan kekunci

Kredit: GomerBlog

Jika di pejabat pula, papan kekunci komputer pula merupakan perumah kepada bakteria. Hal ini kerana, dalam keadaan tertentu, papan kekunci ini digunakan lebih daripada seorang pengguna dan bayangkan bakteria daripada banyak tangan terpalit pada papan kekunci komputer anda. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik Britain, papan kekuci mengandungi bakteria 5 kali ganda berbanding daripada bakteria yang ditemui pada tandas duduk.

#6 Span cuci pinggan

Kredit: The Parsimonious Princess

Objek ini bukan sahaja lebih kotor daripada tandas, bahkan ia merupakan objek paling kotor di rumah. Hasil kajian mendapati bahawa satu inci daripada permukaan span berkenaan mengandungi lebih kurang 45 bilion bakteria seperti E.Coli! jadi, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, keraplah menukar span cuci pinggan dan jangan menunggu span itu sudah buruk barulah mahu tukar, ya!

Sumber: Reader’s Digest

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds