Menurut penyelidik San Francisco State University, terdapat 19 jenis senyuman yang termasuk dalam 2 kategori. Senyuman yang sopan untuk masyarakat yang mana memerlukan sedikit otot muka dan senyuman tulen yang melibatkan lebih banyak otot di seluruh wajah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kadang agak sukar untuk mengetahui yang mana satukah senyuman tulen atau senyuman palsu.

Berikut adalah ujian mengenai diri anda. Lihat gambar 6 orang ini dan pilih siapakah di antara mereka yang anda rasakan mempunyai senyuman palsu. Pilihan anda itu akan mendedahkan sedikit sebanyak menganai sifat dan peribadi anda.

Pada pandangan pertama, siapakah yang anda rasakan memberikan senyuman palsu?

Jika A:

Kredit: © depositphotos.com   © pexels.com

Anda seorang yang sangat sensitif dengan perasaan orang lain walaupun terkadang perkara tersebut agak berlebihan. Hal ini bermakna anda seorang yang bersifat empati.

Anda juga adakalanya mudah ‘terjebak’ dengan hal-hal negatif seperti kemarahan dan perkara itu akan membuatkan anda berasa letih dan kecewa. Namun, dalam masa yang sama anda juga memiliki sifat positif dan jangan lupa bahawa anda sebenarnya seorang teman yang baik!

Jika B:

Kredit: © depositphotos.com   © pexels.com

Anda seorang yang cukup unik. Dalam hidup anda sering berhadapan dengan pengalaman yang mencabar dan sukar tetapi anda tidak membiarkan cabaran tersebut menghalang anda untuk menikmati hidup anda.

Anda juga seorang yang tenang dan mudah untuk mengawal diri sendiri.

Jika C:

Kredit: © depositphotos.com   © pexels.com

Anda seorang yang kuat dan ‘cool’. Jarang sekali untuk orang seperti anda hilang kesabaran dengan mudah walau apa pun yang sedang berlaku kepada anda.

Anda sering menyebarkan perkara-perkara yang baik dan positif serta anda juga sering menjadi penyokong yang baik. Anda bijak untuk menceriakan orang lain sehingga menyebabkan orang lain sangat selesa untuk berada di sisi anda.

Keluarga dan kawan-kawan anda sering mendengar nasihat anda dan mereka sangat menghargai setiap nasihat dan pendapat yang anda berikan.

Jika D:

Kredit: © depositphotos.com   © pexels.com

Apa pun yang anda lakukan anda akan melakukannya dengan cara yang matang dan bertanggungjawab. Jika anda sedang bersedih, marah atau kecewa akan sesuatu, anda tidak akan ‘melepaskannya’ kepada orang lain.

Anda seringkali cuba untuk melihat sudut baik dalam diri setiap orang dan setiap hari anda cuba menikmati setiap detik yang berlaku. Semua inilah yang membantu anda untuk mengatasi segala unsur negatif dalam hidup anda!

Jika E:

Kredit: © pexels.com

Anda seringkali melihat perkara dalam dua sudut yang berbeza. Jika sesuatu yang buruk berlaku anda tidak mudah melatah.

Anda yakin hari tersebut akan berakhir, jadi anda akan cuba menenangkan diri dan fikiran anda.

Tarik nafas dalam-dalam dan anda pasti akan dapat melalui semua itu. And juga seorang yang bagus dalam memberikan nasihat, jadi lakukannya selalu!

Jika F:

Kredit: © depositphotos.com   © pexels.com

Anda seorang yang boleh berdikari, matang dan anda tidak memerlukan nasihat orang lain untuk melakukan sesuatu.

Dalam masa yang sama anda juga seorang yang jujur dan suka membantu. Bagi anda, keluarga dan rakan-rakan adalah orang yang sangat penting dalam hidup anda dan anda akan melakukan apa sahaja supaya dapat selalu bersama mereka.

Anda bijak dalam memahami psikologi manusia dan terkadang anda boleh memahami seseorang lebih baik daripada mereka memahami diri mereka sendiri.

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds