Bagi anda yang mempunyai ibu dan bapa yang sudah tua di rumah, adalah dinasihatkan supaya sila berhati-hati dan berpesan kepada mereka supaya tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasuki rumah.

Kerana ada di antaranya merupakan penjenayah yang kini sudah licik menyamar sebagai juruelektrik, pembaiki paip atau penyelenggara rumah bagi mengelak syak wasangka.

Baru-baru ini, seorang pemuda dan netizen di Facebook berkongsi pengalaman bagaimana ibunya yang sudah tua telah membuka pintu rumahnya yang berada di Klang kepada seorang lelaki yang telah menyamar sebagai juruelektrik. Pada mulanya, ‘juruelektrik’ tersebut datang memberitahu ibunya yang dia diminta oleh netizen ini untuk memeriksa dan membaiki kerosakan elektrik dan ibunya mempercayai tanpa bersoal dengan syak wasangka.

Kredit : Dinny Wong / Facebook

Pemuda ini menulis, “Dia memberitahu ibu bahawa saya yang memintanya pergi ke rumah itu untuk membaiki wayar elektrik yang rosak sambil di tangannya memegang satu benda seperti ‘power bank’ supaya ibu saya membenarkan dia masuk ke rumah. Semasa melangkah masuk ke dalam rumah, dia bertanyakan sama ada ibu saya boleh mendapatkannya sebatang pemutar skru.” Bayangkan bagaimana seorang juruelektrik boleh ketinggalan perkakas kerjanya yang penting?

Tulisnya lagi, “Apabila dia melihat ibu saya sedang sibuk mencari pemutar skru, dengan pantas dia telah mengambil peluang untuk menyelinap masuk ke dalam bilik tidur utama. Ibu saya akhirnya menemui pemutar skru itu dan menjerit kepadanya tetapi kemudian dia membalas dengan bertanya  jika ibu saya boleh mematikan kotak litar utama.”

Ibu netizen ini kemudian berasa terkejut dan kemudian berkata dia perlu menutup suis litar yang mana satu kerana dia sendiri tidak tahu, dan ‘juruelektrik’ ini berkata dia boleh ‘menutup mana-mana fius’. Jawapan dungu daripada seorang juruelektrik. Ibu netizen ini kemudian berasa syak sesuatu yang tidak kena, lalu membuat keputusan untuk menelefon anak lelakinya dan bertanyakan mengenai ‘juruelektrik’ ini.

Kredit : Dinny Wong / Facebook

Netizen ini berkata, “Mungkin kerana ibu saya bercakap dengan nada yang kuat menerusi telefon, ia telah membuatnya berasa terkejut sehingga pemutar skru yang berada di tangannya telah terlepas jatuh ke lantai. Saya telah mengarahkan ibu saya supaya meminta lelaki ini untuk beredar dengan segera dari rumah kami, dan mungkin kerana berasa terkejut dan ketakutan, dia sendiri telah berlari keluar dari rumah.”

Mendengar insiden ini, pemuda tersebut telah bergegas pulang ke rumah untuk memeriksa keadaan ibunya dan nasib mereka baik kerana tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini telah berlaku manakala ibunya tidak diapa-apakan. Mereka juga memeriksa rumah dan lelaki ini juga tidak sempat mengambil apa-apa barangan berharga.

Kredit : Dinny Wong / Facebook

Walau bagaimanapun, netizen ini telah membuat laporan polis. Dalam perkongsiannya, netizen ini mengingatkan kepada orang ramai supaya memberitahu ibu bapa masing-masing yang sudah tua atau sesiapa sahaja yang berada di rumah supaya tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasuki rumah, jika tidak mendapat pengesahan yang sahih daripada ahli keluarga, walaupun mereka ini menunjukkan apa-apa kad kuasa.

Biarkan mereka berada di luar pintu pagar yang dikunci untuk memberitahu tujuan kedatangan mereka dan jangan sesekali membuka pintu rumah untuk orang tidak dikenali.

Sumber : Dinny Wong | Facebook , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds