Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila bebenang daripada seorang pengguna Twitter, @nellynonoi yang menceritakan pengalamannya yang berdepan dengan situasi yang sangat mengharukan di stesen LRT di ibu negara.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: klia2

Melalui kiriman yang kini sudah mendapat lebih daripada 22,000 retweet itu, wanita tersebut memperincikan kisahnya dengan memulakan ceritanya begini: “Saya menghampiri tangga di stesen kereta api apabila saya melihat seorang pak cik berbangsa Cina yang mengalami kesulitan untuk turun tangga.”

Bimbang dengan keadaan pak cik itu, wanita itu bertanya, “Pak cik, bolehkah anda melihat?” dan wanita itu mendapati bahawa lelaki tua itu mempunyai penglihatan yang lemah.

“Saya tidak dapat melihat di depan, saya hanya dapat melihat bayang-bayang,” balasnya.

Wanita itu menawarkan lelaki itu untuk memegang tangannya dan menemaninya menaiki kereta api kerana mereka berkongsi destinasi yang menggunakan saluran yang sama.

Kredit: @nellynonoi/Twitter

Semasa berjalan, lelaki tua itu bertanya kepada wanita itu tentang bangsanya. Apabila wanita itu menjawab bahawa dia berbangsa Melayu, lelaki tua itu berkata, “Hari ini hari Jumaat, tidakkah kamu pergi ke masjid?”

Wanita itu menjawab semua persoalan lelaki tua itu dengan penuh sabar dan teliti.

Menerusi bebenang Tweet yang sama, wanita itu turut memuji tindakan kebaikan yang dilihat olehnya sepanjang mengiringi lelaki tua itu.

Dia menulis bahawa dia terkejut apabila melihat orang awam memberi laluan apabila mereka memasuki kereta api dan menawarkan tempat duduk kepada mereka sebaik sahaja melihat kedatangan mereka.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Expareto

Bukan itu sahaja, apabila kereta api telah sampai di stesen perhentian lelaki itu, seorang penumpang yang digambarkan sebagai “lelaki yang penuh dengan tatu dan bertindik” bertindak dengan memegang tangan lelaki tua itu dan membantunya keluar dari kereta api berkenaan.

Selepas itu, wanita itu juga sempat menyaksikan dua orang gadis berbangsa Cina yang segera berlari untuk membantu lelaki tua itu ke eskalator.

“Sekiranya ada satu pelajaran yang diambil dari pengalaman ini, rakyat Malaysia masih prihatin tanpa perlu buka mulut,” tulisnya.

“Masih ramai orang yang baik, baik yang muda mahupun tua,” kata wanita itu.

“Semoga segala kebaikan yang kita buat dibalas dengan kebaikan juga,” tambahnya lagi.

Tahniah, rakyat Malaysia. Kami bangga.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds