Tahun 2018 yang telah berlalu pergi meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan yang penuh dengan kisah suka dan duka sehingga ada yang masih teringat-ingat sehingga hari ini.

Walaupun tahun baru sudah bermula pastinya ada memori lucu yang masih kekal di ingatan anda sehingga membuatkan anda tersenyum sendiri ketika mengenang kembali detik-detik lucu tersebut.

Masihkah anda ingat momen kelakar tahun lalu? Nampaknya wanita ini dan suaminya juga punya kenangan lucu yang tersendiri sehingga boleh membuatkan kita juga ketawa apabila mengetahui kisah tersebut. Apa agaknya yang begitu kelakar yang telah berlaku kepada mereka?

Menurut wanita ini, biasanya apabila dia membeli siput sedut, dia pasti akan memasak siput yang dibeli pada hari yang sama dan tidak pernah menyimpan siput tersebut untuk dimasak pada hari berikutnya.

Namun kali ini  ibunya sendiri yang bertanyakan kepada penjual siput sedut bagaimana cara untuk menyimpan siput sedut untuk dimasak pada hari berikutnya. Apa yang diajar oleh penjual tersebut ialah dengan mencalitkan kapur di sekeliling baldi yang tersimpan siput tersebut.

Pada awalnya wanita ini menjangka semuanya dalam keadaan baik kerana sebelum tidur dia sempat melihat keadaan siput-siput tersebut. Namun, lain pula yang berlaku…

Siput berjaya keluar daripada baldi tersebut!

Dia dan suaminya tidak boleh menahan gelak melihat keadaan itu, masing-masing ketawa besar apabila melihat ‘telatah’ siput-siput tersebut.

“Can’t brain. Dah lah jalan slow..ada hati lagi tu nak larikan diri. HAHAHA.”

Nampaknya petua penjual tersebut tidak menjadi kali ini. ‘Pasukan’ siput berjaya melepaskan diri!

Mereka berdua terpaksa membersihkan segala kekotoran yang disebabkan oleh ‘kenakalan’ siput-siput tersebut.

Selepas penat membersihkan rumah, tibalah masa untuk makan!

“Kutip siput dalam rumah ea, bukan kat hutan bakau. 1 rumah bau lumpur… Lepas dah kutip semua terus bersihkan dan rendam dengan air garam dulu. Dah siap bersihkan rumah baru masak..berejam juga lah…tu yang sampai tak sempat tunggu nasi masak.”

Cerita lawak 2018 yang mungkin tidak akan pernah dilupakan. Pasti gelak tidak ingat dunia bila teringatkannya!

Mungkin ada yang bertanya mengapa wanita ini tidak menutup baldi tersebut sehingga membolehkan siput-siput ‘merangkak’ keluar. Ini adalah jawapannya… 

Menurut wanita ini, dia menyangka selepas melakukan petua yang dikongsi oleh penjual itu, siput-siput tersebut tidak akan keluar daripada baldi.

Dia tidak terfikir pun baldi tersebut perlu ditutup lalu dengan senang hati tidur lena kerana sebelum masuk tidur dia memeriksa baldi berisi siput tersebut dan mendapati siput masih berada di dalam baldi. Rupa-rupanya siput-siput itu melarikan diri ketika mereka sekeluarga sedang lena dibuai mimpi.

Inilah antara kisah yang sangat lucu pernah kami dengar!

Sumber: نور إيفا أشكين نتشا / Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds