Tidak semua insan diberikan peluang keemasan untuk bertemu dengan nenek moyang mereka, lebih-lebih lagi jika nenek dan moyang mereka berada dalam keadaan yang sihat. Bagi mereka yang beruntung kerana masih mempunyai ahli keluarga, maka tidak menjadi satu kesalah andai keindahan itu dikongsi dengan orang lain.

Seperti ‘meme’ sebuah keluarga dari China ini di mana video itu bermula apabila seorang wanita memanggil ibunya sehinggalah cukup 4 generasi dan ia berterusan dengan panggilan pada bapa pula. Ayuh lihat video comel itu di bawah:

Kredit: Shanghaiist/Facebook

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter. Seorang pengguna @kassy cho berkata “Meme 4 generasi warga Cina ini sangat bermakna”.

Sementara itu, @CatherineShu pula berkata, “Ia sangat comel. Saya teringin melakukannya bersama nenek apabila bertemu nanti tapi dia mesti berkata, “Kenapa kamu merakam nenek?”

Selain itu, @stevenmacken pula berkata, “Anda harus mengagumi cara masyarakat Cina menghormati dan menyayangi generasi tua mereka”.

Ada juga beberapa pengguna yang berkongsikan gambar dan video ‘meme’ 4 generasi versi mereka pula. Anda rasa yang manakah paling comel? Jangan lupa kongsikan pendapat dan gambar ‘meme’ 4 generasi versi anda di ruangan komen ya!

Kredit: JannickesArt

Kredit: MohapatraHemant

Sumber: Bored Panda, Shanghaiist/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds