Walaupun anda seorang pecinta haiwan, tetapi mungkin anda tidak mempunyai peluang untuk melihat semua jenis haiwan di dunia ini melalui proses tumbesaran mereka.

Jangan khuatir, berikut adalah antara anak-anak haiwan yang jarang dilihat dan mungkin anda juga tidak pernah melihatnya sebelum ini.

1. Anak Rubah Fennec

Rubah yang aktif pada waktu malam ini terdapat di Sahara Afrika Utara. Ciri luar biasanya ialah mempunyai telinga yang besar untuk menghilangkan haba.

2. Anak Axolotl

Merupakan sejenis salamander yang berasal dari Mexico yang memiliki dua pasang kaki dan insang yang berbentuk kipas pada bahagian kepalanya.

3. Anak Tenggiling

Menurut Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) tidak banyak maklumat tentang populasi tenggiling di dunia termasuk juga kajian biologi dan ekologinya.

Haiwan yang boleh ditemui di Afrika dan Asia ini tidak mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik tetapi mempunyai sistem deria bau yang kuat.

4. Anak Quolls

Haiwan yang berasal dari Australia, New Guinea dan Tasmania ini mempunyai jangka hayat antara 2 hingga 5 tahun sahaja. Haiwan ini aktif pada waktu malam dan pada waktu siang mereka banyak menghabiskan masa di tempat persembunyiannya.

5. Anak Tenuk

Tenuk Malaysia merupakan satu-satunya spesies tenuk yang berasal dari Asia yang menetap khusus di Malaysia, Indonesia, Myanmar dan Thailand.

Tempoh kehamilan tenuk betina ialah kira-kira antara 390 hingga 403 hari (13 bulan) dan kebiasaannya akan melahirkan anak dengan purata 2 tahun sekali.

Mereka mampu hidup lebih 30 tahun sama ada hidup dalam kurungan atau hidup liar.

7. Anak Elephant Shrew

Haiwan ini digelar sebagai ‘gajah’ kerana mempunyai belalai yang panjang seakan-akan gajah. Dengan saiz tubuhnya kecil dan berat di bawah setengah kilogram, haiwan ini merupakan mamalia terpantas di dunia.

8. Anak Echidna Puggle

Haiwan yang boleh ditemui di Australia, Pulau Tasmania dan juga di New Guinea ini mempunyai nama lain iaitu “Spiky Anteater” yang bermaksud “pemakan semut berduri”. Selain semut, anai-anai juga turut berada di dalam diet mereka.

9. Anak Okapi

Okapi sering dianggap sebahagian daripada keluarga kuda belang tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang lebih dekat dengan zirafah.

Okapi mempunyai telinga yang tegak dan besar yang membolehkan mereka mendengar suara yang halus dan sekaligus membantu mereka mengelakkan diri daripada sebarang masalah.

10. Anak Aye-Aye

Haiwan mamalia ini mampu hidup secara liar selama 20 tahun dan hanya boleh ditemui di pulau Madagascar. Haiwan ini sering dikaitkan dengan cimpanzi, kera dan manusia!

Mereka menghabiskan hidup di hutan hujan dan mengelak untuk turun ke tanah.

Selain aktif pada waktu malam, mereka gemar menghabiskan hari siang dengan menggulungkan diri dalam sarang berbentuk bola yang dibina daripada daun dan ranting.

Sumber: COCO

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds