Apakah yang akan anda lakukan apabila anda terjumpa seorang bayi yang baru lahir yang ditinggalkan di dalam sebuah pondok telefon? Apakah reaksi anda apabila terpaksa berdepan dengan situasi tidak berperikemanusiaan itu?

Ini adalah kisah benar seorang lelaki bujang berumur 30 tahun yang menemui seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan beberapa jam sebelum ditinggalkan di dalam sebuah pondok telefon di London.

“Sewaktu saya sedang berjalan menuju ke arah pondok telefon tersebut, saya terlihat sesuatu yang kelihatan seperti plastik pembalut ubi kentang ditinggalkan di atas lantai. Ianya menyakitkan hati saya apabila melihat sampah sarap dibuang merata-rata. Tetapi sebelum sempat saya sampai ke pintu pondok telefon itu, saya lihat ada hidupan kecil yang bergerak-gerak di dalam bungkusan itu,” jelas Joe Campbell.

Dengan serta merta Joe mengambil bayi tersebut dari lantai. Beliau cuba untuk mengambil bayi itu untuk dijadikan anak angkat tetapi disebabkan beliau masih belum berkahwin pada masa itu, permohonan tersebut tidak berjaya.

Namun, bagi mengenang jasa baik Joe, pihak hospital telah menamakan bayi tersebut April Campbell. Ianya gabungan nama bulan bayi tersebut ditemui dengan nama keluarga penyelamatnya.

36a9a3d800000578-3712351-image-a-60_1469698117801

Daily Mail

Tidak lama selepas itu, April Campbell diambil sebagai anak angkat dan dinamakan Kiran Sheikh, tetapi bayi tersebut sentiasa mengenang jasa Joe yang telah menyelamatkannya.

Sewaktu Kiran berusia 8 tahun, ibu bapa angkatnya telah menceritakan kisah Joe yang telah menyelamatkannya. Apabila usianya mencecah 22 tahun, Kiran akhirnya membuat keputusan untuk bertemu dengan penyelamatnya.

Kiran meminta bantuan pihak media untuk menghebahkan usaha pencariannya. Rancangan Kiran membuahkan hasil apabila berita pencariannya telah sampai kepada pengetahuan Joe. Mereka bertemu semula setelah sekian lama.

36a9a0d400000578-0-image-a-27_1469697452590

Daily Mail

“Saya sangat terharu. Ianya sangat sukar untuk dipercayai,” jelas Kiran tentang pertemuan dengan penyelamatnya itu. “Selama 15 tahun saya menantikan saat untuk bertemu dengan beliau dan akhirnya beliau di sini. Beliau adalah orang kedua yang memangku saya selepas ibu kandung saya.”

“Ini adalah hari yang sangat bahagia. Saya sangat gembira dia telah menemui saya. Saya tidak pernah melupakan dia. Saya tidak sangka kami akan berjumpa lagi,” jelas Joe pula.

Joe yang juga telah berusaha untuk mencari Kiran selama ini menganggap Kiran sebagai salah seorang daripada ahli keluarga beliau sendiri. Lelaki yang kini berusia 52 tahun itu masih mengingati keadaan Kiran sewaktu kali pertama bayi itu dijumpai.

Joe tidak pernah menyangka pada malam beliau cuba menghubungi keluarganya di Guyana tersebut, beliau akan bertemu dengan insan yang sangat istimewa dalam hidup beliau.

36a9a28500000578-0-image-a-21_1469697401793

Daily Mail

 

Terbitan asal: dailymail.co.uk.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds