Sekali pandang mungkin lelaki tua ini nampak biasa tetapi siapa sangka dia adalah seorang bekas peninju dunia yang cukup hebat. Mungkin kerana dia kelihatan biasa ditambah lagi dengan kecacatan pada kakinya tidak ramai yang tahu akan kebolehannya.

Steve Shepherd, 68, dikatakan sedang menuju ke keretanya di West Palm Beach apabila dia ditarik secara tiba-tiba dan suspek mula memukulnya di kepala dengan botol dan cuba untuk merampas telefon bimbitnya. Bekas peninju profesional itu walau bagaimanapun mampu mempertahankan diri dan melawan semula.

Steve Shepherd, seorang ‘kickboxer’ juara dunia, dikatakan sedang menuju ke keretanya  apabila dia ditarik secara tiba-tiba dan suspek mula memukulnya di kepala dengan botol dan cuba untuk merampas telefon bimbitnya.

Pemilik gim, Steve, gambar kiri, malah telah memakai t-shirt bertulis ‘Juara Dunia 5x, Palm Beach KickBox-SuperFIT’ di bahagian belakang ketika dia diserang oleh suspek.

Shephard walau bagaimanapun mengalami sedikit luka kecil apabila mengalami gegendang telinga pecah, luka pada kulit dan lebam.

Beliau memberitahu The Sun Sentinel dan WPT  bahawa semua itu berlaku secara tiba-tiba. Dia (suspek) tersebut mula menjerit ke arahnya supaya dia menyerahkan telefon bimbitnya.

“Rusuknya terdedah, jadi saya memukulnya di bahagian tulang rusuknya. Saya mendengar bunyi retak dan dia kemudian terus terjatuh. Saya pasti saya telah mematahkan tulang rusuknya kerana saya boleh mendengarnya sendiri.”

Steve pecah gegendang teling, luka kecil dan lebam-lebam semasa diserang.

Steve kini menjalani latihan untuk bertarung pada bulan Mac nanti dan perkara ini akan menjadikannya ‘peninju profesional tertua’

Steve juga memiliki KickBox-SuperFIT yang dibuka bersama dengan abangnya, Ed sejak tahun 1975.

Pejabat Sheriff Palm Beach mengatakan mereka masih mencari suspek dalam serangan tersebut. Lelaki yang mempunyai rambut yang gelap dan panjang telah berkeliaran di kawasan tersebut berjam-jam untuk mencari mangsa.

Mereka berkata rakaman pengawasan menunjukkan bahawa suspek dirakam sedang berulang-alik di lorong berdekatan selama beberapa jam. Dia kelihatan menunggu seseorang untuk menjadi mangsa samunnya.

Sumber: DAILYMAIL UK

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds