Anda pasti pernah mempunyai pengalaman pergi ke salun kecantikan atau kedai gunting rambut dan meminta tukang gunting rambut untuk mengubah gaya rambut anda sama seperti gambar yang anda lihat di media sosial.

Untuk mendapatkan gaya rambut mengikut trend terkini, kita cenderung menunjukkan gambar artis mahupun model rambut terkenal dengan harapan agar tukang gunting rambut itu dapat meniru gaya berkenaan.

Jadi sama seperti kebanyakan individu lain, lelaki ini turut menunjukkan gaya rambut yang diingininya kepada tukang gunting rambut. Namun, dia tidak menunjukkan gambar yang ditangkap layar atau screenshot. Sebaliknya, dia menunjukkan video yang telah dihentikan seketika (pause) kepada tukang gunting rambut berkenaan.

Pada sangkaan pelanggan ini, video berkenaan mungkin akan memberikan pandangan yang lebih jelas mengenai gaya rambut apa yang dimahukannya. Tetapi malang sungguh nasib lelaki ini apabila tukang gunting rambut itu telah bertindak di luar jangkaan dan melakukan sesuatu yang sungguh melucukan…

Sebaik sahaja melihat video itu, tukang gunting tersebut ada menanyakan kepada pelanggannya sama ada dia mahu mengekalkan bentuk tiga segi itu. Akan tetapi, soalan yang diajukan oleh tukang gunting rambut itu membuatkan lelaki ini agak keliru lalu mengiyakannya sahaja.

“Saya tidak tahu apa yang dimaksudkannya dan menyangka ia adalah sejenis perkataan berkaitan gunting rambut. Jadi, saya hanya mengiyakannya.”

Menakjubkan, tukang gunting rambut ini telah meniru ‘bulat-bulat’ gaya rambut seperti dalam video itu dan penularan gambar ini membuatkan netizen terhibur dengan hasilnya.

Seperti yang anda lihat, pelanggan ini pulang dengan gaya rambut unik serta luar biasa dan tidak pernah dilihat oleh orang lain. Kedua-dua belah kepalanya dicukur dengan bentuk tiga segi bagi memimik butang ‘Play’ seperti yang dilihat di telefon milik pelanggannya.

Insiden melucukan ini telah dimuat naik oleh seorang blogger dikenali sebagai Tian Xiu Bot di laman sosial Weibo dengan kapsyen:

“Tidak ramai tukang gunting rambut yang begitu terperinci seperti ini.”

Netizen turut mengambil kesempatan untuk mengongsikan pandangan masing-masing mengenai gaya rambut ‘terkini’ itu.

“Tukang gunting rambut meniru gaya rambut model dengan tepat! Inilah gaya rambut terbaru dan terkini.”

Apa yang lebih mengejutkan mengenai kejadian ini adalah, pelanggan itu amat gembira dengan hasil rambutnya meskipun ia tidaklah seperti yang dia minta.

videoPlayerId=e16ec15b8

Ad will display in 09 seconds

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds