Apabila membayangkan angsa, sudah pasti kita beranggapan angsa itu memiliki bulu pelepah berwarna putih bersinar yang cantik dan sering bergerak dalam kawanan spesiesnya. Tetapi seekor angsa di tempat perlindungan haiwan Carolina Waterfowl Rescue tidak menjalani kehidupan angsa seperti itu.

Ini adalah Ginny, seekor angsa hitam yang sungguh elegan dan cantik.

Kredit :  Carolina Waterfowl Rescue / Facebook

Habitat bagi angsa hitam ini dipercayai berasal dari Australia. Ginny telah dibawa ke tempat perlindungan haiwan Carolina Waterfowl Rescue selepas diselamatkan dari menerima layanan buruk dan penganiayaan haiwan. Penyelamatnya berharap Ginny akhirnya akan dapat menjalani kehidupan yang selamat dan bergaul dengan rakan spesiesnya. Malangnya, segala yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

Atas sebab tertentu, angsa-angsa yang lain berasa tidak gembira dengan kehadiran Ginny dalam kumpulan mereka di tempat perlindungan haiwan itu. Ginny diberi sambutan dingin apabila angsa-angsa lain mula membuli dan menakut-nakutkannya.

Ginny hidup kesunyian di tempat itu kerana berasa terasing dan dia mula membuat pilihan lain iaitu bergaul dengan manusia yang lebih peramah dan baik hati.

Kredit :  Carolina Waterfowl Rescue / Facebook

Ketua Carolina Waterfowl Rescue, Jennifer Gordon berkata, “Dia mula datang ke rumah, bergaul serta menghabiskan masa dengan rakan-rakan manusianya.”

Seorang sukarelawan di tempat perlindungan itu berkata dia berasa sedih apabila mendapat tahu Ginny mengalami situasi dan masa yang sukar ketika berasa di situ. Tetapi kemudian, sesuatu yang ajaib telah berlaku.

Ginny telah membuat sarang dan mengeluarkan enam biji telur!

Kredit :  Carolina Waterfowl Rescue / Facebook

Pekerja di tempat perlindungan berasa terkejut kerana menyedari kesemua enam telur angsa itu telah dieramkan dengan baik, dan selepas memeriksa tempat itu, tiada siapa yang tahu siapa bapa bakal anak-anak angsa hitam ini.

Walaupun tempat perlindungan haiwan tersebut tidak pernah membesarkan haiwan sejak dilahirkan, mereka telah membuat pengecualian untuk Ginny, dengan harapan apabila dia menjadi sibuk menjaga keluarga barunya, Ginny akan kembali gembira.

Tempat perlindungan haiwan itu mula manghantar post mengenai Ginny dan enam telurnya di Facebook dan menyiarkan secara langsung saat kelahiran enam ekor anak angsa hitam.

Selepas enam anak Ginny yang comel dilahirkan, pekerja di tempat perlindungan itu telah menemui bapa kepada anak-anak angsa hitam ini yang bernama Diablo, seekor angsa hitam yang lain, yang berada di tempat itu. Dan cinta itu sememangnya perkara misteri!

Kesemua enam ekor anak angsa hitam telah selamat dilahirkan.

Kredit :  Carolina Waterfowl Rescue / Facebook

Anak-anak angsa hitam comel bersama ibu mereka yang cantik.

Kredit :  Carolina Waterfowl Rescue / Facebook

Ginny tidak lagi berasa kesunyian!

Kredit :  Carolina Waterfowl Rescue / Facebook

Anak-anak angsa hitam yang terlalu comel!

Kredit :  Carolina Waterfowl Rescue / Facebook

Kehidupan Ginny, si angsa hitam yang cantik yang pernah berasa tersisih, kini jauh lebih gembira dan bahagia.

Lihat video di bawah.

Kredit : Carolina Waterfowl Rescue / Facebook

Sumber : Carolina Waterfowl Rescue / Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds