SEMPORNA – Mulai 1 Januari, mana-mana individu yang membuang sampah akan dijatuhi hukuman denda RM500 atau dipaksa mengutip sampah dengan memakai jaket berlabel ‘monyet’.

Kredit: Facebook

Tindakan pelaksanaan undang-undang ini merupakan inisiatif baharu atas arahan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi menangani masalah pembuangan sampah dan menghentikan sikap masyarakat yang gemar membuang sampah merata-rata.

Kredit: The Star

Menurut laporan The Star, individu yang didapati membuang sampah akan diberikan pilihan sama ada untuk membayar denda berjumlah RM500 atau membersihkan kawasan yang kotor selama satu jam.

Pihak polis bersama-sama majlis daerah akan bekerja untuk menangkap mana-mana individu yang melakukan kesalahan ini bagi memastikan kawasan tersebut kekal bersih.

Kredit: Facebook

Sementara itu bagi menjelaskan mengapa pemakaian jaket berlabel ‘monyet’ ditetapkan, ia merupakan salah satu pendekatan berbentuk hukuman kepada para pesalah. Tambahan pula, terdapat papan tanda di kawasan sekitar yang menyatakan hanya monyet sahaja yang boleh membuang sampah sembarangan.

Kredit: Facebook

Dalam kempen yang mula dijalankan pada Jumaat lalu (4 Januari), pihak berkuasa memaklumkan telah berjaya menangkap sembilan pembuang sampah termasuk warga asing.

Kredit: Facebook

“Kami beri mereka pilihan sama ada membayar denda RM500 atau menjalankan khidmat masyarakat selama sejam,” kata Pegawai Daerah Semporna, Bianus Kontong.

Jelas Bianus lagi, pihaknya turut akan mengadakan aktiviti gotong-royong setiap hari Ahad bagi membersihkan tiga buah penempatan iaitu Kampung Air, Kampung Simunul dan juga Kampung Bangau.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kempen NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds