Pada 1 Januari lalu, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan kepada rakyat akan larangan merokok di kesemua premis makanan –  berjarak 3 meter daripada premis, sama ada di luar restoran mahupun restoran yang terbuka.

Hal berkenaan telah mengundang banyak reaksi oleh orang ramai. Ada yang membawa pita pengukur bersama ketika makan di restoran, ada yang tidak merokok langsung dan ada juga yang masih berdegil.

Berkesempatan dengan larangan tersebut, pihak rantaian restoran terkemuka, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) atau lebih dikenali sebagai Nasi Kandar Pelita memutuskan untuk menghentikan penjualan rokok menjelang akhir tahun ini. Keputusan ini bakal diimplementasi pada semua cawangan restoran berkenaan.

Kredit: Ho Yummy

New Straits Times melaporkan bahawa Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk K.K. Sihabutheen telah membuat keputusan untuk bersetuju dengan matlamat utama larangan berkenaan. Objektifnya adalah bagi menghormati mereka yang turut menikmati hidangan bersama dengan si perokok, selain ingin memperbaiki kualiti udara.

Walau bagaimanapun, Sihabutheen berkata menghentikan penjualan rokok di restoran tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam kadar segera kerana pihaknya masih lagi terikat dengan beberapa syarikat pembekal rokok.

“Buat masa ini, kami terikat dengan kontrak bersama pihak pembekal rokok, namun kami akan pastikan semua kaunter jualan akan dikeluarkan secara peringkat demi peringkat hingga akhir tahun ini.

“Kami yakin langkah ini akan disokong oleh pelanggan apatah lagi tidak ramai datang menikmati makanan di sini merokok dan kebanyakan mereka mahu satu kawasan bebas daripada asap rokok,” jelas Sihabutheen.

Kredit: NSTP|Rosli Ahmad

Harus diingatkan kepada anda di luar sana bahawa larangan merokok tersebut telah dilaksanakan dan perokok dinasihati agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sekiranya berada di restoran-restoran terbuka. Pemilik restoran juga harus memaparkan notis larangan merokok atau mereka akan didenda RM3,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds