Sebuah rakaman video menunjukkan seorang pengantin perempuan bernama Mary Bourne Roberts dan bapanya, Jim Roberts dari Alabama menari rutin wajib bapa dan anak di majlis perkahwinannya membuat semua orang yang melihat mahu mencapai kotak tisu.

Mary Bourne dan bapanya, Jim yang sakit tenat dan berkerusi roda memilih lagu kegemaran mereka sejak dahulu, ‘I Hope You Dance’ nyanyian Lee Ann Womack , dan lirik lagu itu amat menyentuh hati sehingga membuat semua orang mengalirkan air mata ketika melihat serta merasakan situasi terkini yang amat menyayat hati.

Kredit : Blue Room Photography

Jim didiagnos dengan penyakit glioblastoma, satu penyakit kanser otak yang agresif dan tidak dapat disembuhkan pada bulan Mei 2017. Penyakit yang menyerang hanya memberinya masa beberapa bulan untuk hidup.

Kredit : Blue Room Photography

Mary Bourne tidak pasti sama ada bapanya mampu bertahan untuk melihat perkahwinannya bersama James Butts dilangsungkan. Namun impiannya untuk menari rutin bapa dan anak akhirnya tercapai juga pada 29 Disember yang lalu.

Kredit : Blue Room Photography

Dengan kudrat yang terhad dan tersangat lemah dan berada di atas kerusi roda, Jim menggagahkan diri mengambil peluang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan kesayangannya dengan menari di atas kerusi roda, sambil berpegangan tangan bersama Mary Bourne dan dia dilihat menggerakkan bibirnya menyanyikan lagu itu.

Kredit : Blue Room Photography

Peluang paling istimewa menari bersama seumur hidup yang tidak mungkin akan dapat diulangi lagi, setelah berkali-kali mereka menari bersama dengan lagu tema menyentuh hati bapa dan anak sejak Mary Bourne masih bergelar anak gadis kecil.

Semua hadirin tidak dapat menahan rasa sebak dan mengalirkan air mata melihat rutin tarian pengantin perempuan bersama bapanya yang sakit tenat di atas pentas tarian, termasuk Jim sendiri.

Kredit : Blue Room Photography

Rakaman video yang sungguh menyentuh hati sehingga menarik perhatian tontonan lebih 280,000 netizen di Facebook.

Kredit : Blue Room Photography / Facebook

Sumber : Blue Room Photography / Facebook , Independent

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds