Negara Malaysia beriklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun. Bagi yang tidak pernah berkunjung ke luar negara yang beriklim empat musim, sudah pasti tidak mengetahui secara jelas bagaimana rasanya ketika berada di dalam persekitaran musim sejuk. Bagaimana perasaan berasa seronok bermain salji dan membuat orang salji sambil memakai pakaian tebal dalam suhu takat beku yang amat sejuk.

Kredit : Cocomy

Kini adalah waktu di mana negara yang beriklim empat musim seperti di benua Amerika, Eropah serta Asia Timur dan Utara sedang mengalami musim sejuk. Bagi yang mempunyai peluang untuk melancong ke negara-negara di benua ini, pasti berasa begitu teruja kerana mereka berpeluang melihat salji secara semula jadi dari jarak dekat.

Kredit : Cocomy 

Bagaimana rupa dan bentuk salji yang turun secara semula jadi itu? Salji terbentuk apabila suhu persekitaran menurun rendah pada takat beku. Salji ialah kerpasan dalam bentuk hablur ais cair yang jatuh dari awan, dan mengandungi maltitut emping salji.

Kredit : Cocomy 

Memandangkan ia diperbuat daripada zarah yang kasar dan kecil, salji merupakan bahan berbutir, yang mempunyai struktur terbuka yang lembut dan gebu. Emping salji mempunyai banyak saiz dan bentuk.

Kredit : Cocomy

Apabila wap air melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada 0 darjah celsius, maka ia membentuk salji. Begitu juga ia boleh didapati daripada embun beku atau partikel kabus beku.

Satu peraturan dari segi sudut sains, air dalam lapan unit salji adalah bersamaan dengan satu unit hujan. Maka salji dengan isipadu yang lebih banyak adalah bermaksud dari penghasilan jumlah lembapan yang sekata.

Kredit : Cocomy

Emping salji itu merupakan hablur salji yang terbentuk apabila titisan awan beku terlampau kecil iaitu dalam diameter 10 μm beku. Emping salji terbesar mampu berdiameter antara 5 sentimeter hingga 7 sentimeter. Emping salji jika diteliti mempunyai pelbagai bentuk yang berbeza dan ia tidak pernah sama. Akan tetapi, strukturnya dengan asas biasa terbentuk seperti kristal ais dalam simetri heksagon.

Kredit : Cocomy

Bagi kita yang tidak pernah melihat salji secara dekat, salah satu rupa emping salji adalah seperti di bawah. Lihat betapa indah dan menakjubkan rupa dan struktur emping salji ciptaan Tuhan.

Kredit : @kumashun0038 /Twitter

Walaupun seorang netizen di Jepun bernama @kumashun0038 tinggal di negara yang mengalami musim sejuk, ini adalah pertama kali dia melihat emping salji yang amat cantik dan indah. Dan dia ingin berkongsi dengan kita semua yang tidak pernah melihat salji sebenar.

Kredit : @kumashun0038 /Twitter

Emping salji yang masih berkeadaan baik serta belum terurai dan mencair, jika diteliti secara dekat dengan pandangan 10 kali ganda, ia amat menakjubkan. Lihat struktur garisan heksagon yang amat halus dan tepat itu. Sungguh sempurna ciptaan Tuhan.

Kredit : @kumashun0038 /Twitter

Hadiah emping salji buat mereka yang berada di persekitaran musim sejuk dan bersalji. Amat bertuah bagi mereka yang dapat melihat hujan salji yang turun sambil menerima empingan salji.

Kredit : @kumashun0038 /Twitter

Jika kita yang berada di negara tropika dapat melihat keindahan alam semulajadi yang menghijau dan membiru, yang dicemburui oleh mereka yang berada di negara bermusim sejuk, kita pula sedikit sebanyak mencemburui mereka yang berada di sana kerana dapat melihat keindahan alam semulajadi yang memutih kerana dilitupi salji.

Kredit : Pinterest

Musim sejuk yang bersalji amat indah dan menakjubkan, tetapi jika terlalu sejuk tambahan disertai angin kencang atau ribut, ia sudah pasti membahayakan manusia dan makhluk lain yang berada di persekitarannya. Sekali-kala kita melihat salji pada musimnya tidak mengapa. Berada di Malaysia dengan persekitaran menghijau bersama cuaca lembut yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas lebih menjadi idaman semua. Hargai dan sentiasa bersyukur dengan anugerah alam ciptaan Tuhan.

Sumber : @kumashun0038 /Twitter , Cocomy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds