Mengeji, menghina dan melontarkan kata-kata tidak baik kepada orang lain adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan disifatkan sebagai satu perkara yang negatif.

Apatah lagi jika seorang rakyat mengeluarkan komen bersifat biadap terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong Negara, Sultan Muhammad V yang baru meletakkan jawatannya pada 6 Januari lalu.

Kredit: Bernama

Atas tindakannya yang tidak matang itu, seorang rakyat Malaysia kini menanggung akibatnya selepas dia dipercayai meninggalkan satu komen tentang baginda menerusi laman sosial Facebook.

Menurut laporan dari Malay Mail, individu dikenali sebagai Eric Liew itu dilaporkan telah diberhentikan kerja dari sebuah firma teknologi iaiti Cisco (M) Sdn Bhd selepas orang ramai membuat laporan dan meminta pihak syarikat untuk mengambil tindakan lanjut.

Selain itu, beberapa ahli parti pembangkang turut bertindak pergi ke pejabat Cisco pada 7 Januari lalu dengan sebuah memorandum yang meminta agar Eric dikenakan tindakan disiplin di atas sikap tidak bermoral itu.

Kredit: Utusan Online

Selepas dikecam hebat oleh para netizen di atas kata-katanya yang tidak sopan itu, Eric kemudiannya memuat naik sebuah entri baharu di akaun Facebook miliknya bagi memohon maaf di atas tindakannya itu. Bagaimanapun, media melaporkan bahawa akaun Facebook berkenaan tidak lagi diaktifkan.

“Saya telah membuat komen kurang ajar tentang bekas Agong kita hari ini. Saya telah menarik semula kenyataan itu dan meminta maaf. Saya benar-benar minta maaf kerana menulis komen itu dan ianya sangat biadap. Saya berharap sesiapa yang berasa marah dengan komen itu boleh memaafkan saya.”

Kredit: Facebook

Berikutan permohonan maaf Eric, pihak Cisco ASEAN telah mengeluarkan kenyataan rasmi di Facebook bagi mengumumkan bahawa perkhidmatan Eric di syarikat berkenaan telah dihentikan dengan serta-merta.

“Cisco berpegang teguh kepada menghormati dan menyanjungi tradisi dan undang-undang Malaysia. Tindakan yang dilakukan oleh pekerja itu adalah di dalam kapasiti peribadi dan tidak melambangkan pandangan Cisco. Kami benar-benar menyesali sebarang kerumitan yang telah berlaku dan meminta maaf. Pekerja itu juga telah membuat permohonan maaf dan tidak lagi bersama syarikat.”

Tindakan pihak Cisco sememangnya disanjung tinggi kerana kita tidak boleh membiarkan individu yang negatif seperti Eric membawa pengaruh yang tidak baik bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga rakyat Malaysia yang lain.

Semoga insiden ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua agar lebih berhati-hati ketika menulis komen di laman sosial.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds