Kisah kucing yang menarik ini bermula apabila sebuah keluarga menjumpai seekor anak kucing yang kelaparan dan dalam ketakutan di kawasan parkir. Berasa kasihan dengan anak kucing terbiar tersebut, mereka memutuskan untuk membawanya pulang ke rumah.

c1r

Setibanya di rumah, kucing peliharaan keluarga berkenaan yang bernama Karl (2 tahun) telah diperkenalkan dengan anak kucing yang diberi nama Fred. Karl mula memberikan reaksi yang positif dengan kehadiran Fred dan bukan sahaja ingin berkawan dengannya tetapi ingin menjadi ayah kepada anak kucing tersebut!

c2r

Mengambil peranan sebagai ayah, Karl menjaga dan melindungi Fred di samping memberi kasih sayang yang tidak terhingga kepada Fred. Kedua-duanya menjalinkan hubungan yang sangat rapat.

c3r

Karl mengajar Fred tentang segala perkara seperti cara untuk mendapatkan makanan, bagaimana untuk dibelai dan sebagainya. Segalanya dilakukan bersama-sama.

c4

Setelah dewasa, Fred membalas jasa Karl yang telah menjaga dan menyayanginya selama ini serta tidak pernah berenggang dengan Karl.

c5

Kedua-dua bapa dan anak ini memang tidak boleh dipisahkan.

c6r

c7r

Mereka juga gemar berada di dapur ketika makanan tengah hari sedang disiapkan.

c8r

Bersantai bersama merupakan antara perkara yang paling digemari oleh Karl dan Fred.

c9r

c10r

Kasih sayang tanpa mengira batasan yang ditunjukkan oleh Karl dan Fred memberi sinar kepada setiap individu yang melihatnya. Mereka membuktikan bahawa kasih sayang tidak memerlukan apa-apa selain keikhlasan untuk menerima dan kesanggupan untuk hidup bersama selama-lamanya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds