Saban hari, akan ada sahaja kejadian hebat yang akan berlaku dan jika kita cukup bertuah pada hari itu, maka kita akan berpeluang menyaksikannya. Kadang kala fenomena yang berlaku tidak dapat kita jangka dan juga tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Pada sambutan Hari Natal baru-baru ini, seorang lelaki bernama Guy Benson berjaya merakamkan video fenomena yang agak menarik – ribuan ekor burung Starling mencipta imej burung besar di langit.

Kejadian itu didakwa berlaku di Attenborough Nature Reserve, Nottingham, di mana burung Starling berkenaan didapati berterbangan di udara dan membuat formasi ketika sedang terbang. Namun, formasi yang tercipta ini mungkin sesuatu yang jarang kita lihat.

“Saya bersama isteri saya, Anita ketika senja dan sambil itu kami perasan akan sekumpulan burung Starling di atas langit. Dalam tempoh 20 minit, mereka seakan-akan ‘menari’ di atas. Ada satu ketika itu, mereka membentuk seekor burung yang besar di udara. Ia merupakan satu yang luar biasa dan saya rasa terdapat beberapa ekor burung helang yang asyik menyerang kumpulan itu. Ia merupakan satu pemandangan semula jadi yang indah, yang pernah saya lihat,” jelas Guy.

20 tahun yang lalu, sekumpulan burung boleh mencapai sehingga 40,000 ekor namun jumlah itu kian berkurangan kepada 10,000 ke 20,000 sekarang.

Masih terdapat lagi lokasi yang boleh anda lawati jika anda ingin melihat sendiri kawanan burung berkenaan, di mana salah satu lokasi itu adalah di Attenborough. Guy Benson merupakan seorang pemerhati burung dan inilah kali pertama di melihat kejadian sebegini.

“Kami akan ke sini bagi melihat kawanan burung ini berterbangan, kadang kala ia sedang tidur dan tidak kelihatan namun kali ini kami sangat bertuah. Saya tidak pernah melihat apa-apa seperti ini.

Ia seperti burung-burung tersebut sedang mempersembahkan satu persembahan yang indah buat anda. Ia sungguh memukau!”, kata Guy.  

Saksikan saat di mana kumpulan burung berkenaan terbang dan membentuk seekor burung besar menerusi rakaman video di bawah:

Kredit: SWNS TV/Youtube

Sumber: HappiestSWNS TV/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds