Kebanyakan anjing sangat takut untuk berjumpa dengan doktor haiwan, tetapi tidak bagi anjing ini. Anjing hitam yang dikenali sebagai Endo ini dibawa oleh tuannya ke Colorado State University Veterinary Teaching Hospital untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Ketika tuannya ingin mendaftarnya di kaunter hospital haiwan tersebut, Endo kelihatan sangat teruja untuk berjumpa dengan doktor haiwan. Gelagatnya telah menghiburkan pekerja di hospital tersebut.

Dilaporkan bahawa ia merupakan pemeriksaan kesihatan susulan untuk Endo, mungkin Endo teruja mahu berjumpa dengan doktor kegemarannya. Endo kelihatan dengan teruja melompat tanpa henti di sebelah tuannya.

Video gelagatnya yang dimuat naik ke halaman Facebook hospital tersebut telah menarik perhatian ramai orang yang menontonnya. Video yang dimuat naik pada 15 Disember 2018 tersebut mendapat lebih 149,000 tontonan pada masa penulisan.

Endo dikatakan berkelakuan sedemikian setiap kali datang ke hospital haiwan tersebut. Doktor haiwan disitu pasti pandai melayan haiwan yang datang untuk mendapatkan pemeriksaan, atau hanya Endo sahaja yang teruja?

Tonton gelagat lucu Endo dalam video di bawah:

Sumber: Colorado State University Veterinary Teaching Hospital

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds