Bermula 7 Januari 2019, AirAsia akan memansuhkan caj RM3 bagi fi KLIA2 bagi semua penerbangan yang berlepas dari KLIA2.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia Malaysia, Riad Asmat, “Selaras dengan pengumuman kami pada minggu lepas, AirAsia telah memansuhkan fi KLIA2. Sejak dari mula, kami telah menyatakan yang KLIA2 adalah tidak sesuai untuk operasi syarikat penerbangan tambang rendah dan kami akan terus ke Malaysia Airports untuk segala kos tambahan yang mereka kenakan ke atas kami.”

Kredit : New Straits Times / Gambar Hiasan

Fi KLIA2 yang diperkenalkan pada bulan Mei, 2014 adalah untuk menampung kos tambahan yang terhasil daripada penggunaan fasiliti mandatori. Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengenakan fi ini di KLIA2 bagi penggunaan fasiliti mandatori seperti jambatan udara, sistem daftar masuk SITA dan sistem menaiki pesawat, yang tiada di LCCT sebelum ini.

Sebelum ini, AirAsia telah menyatakan rasa kurang berpuas hati mengenai cukai RM73.00 yang dikenakan ke atas penumpang. AirAsia dilapor hanya mengutip RM50 untuk setiap penumpang.

AirAsia sebenarnya menentang secara dasar mengenai isu kenaikan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) sejak ia diumumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada tahun 2017.

Kredit : ft.com / Gambar Hiasan

Kutipan RM50.00 bagi setiap penumpang AirAsia merupakan satu bentuk ‘protes’ terhadap kadar kenaikan caj PSC yang dikenakan kepada penumpang.

Terdapat kemungkinan pertikaian di antara kedua belah pihak yang akan berlarutan sehingga ke mahkamah, terutama sekiranya AirAsia tetap berdegil dan tidak mahu membayar tuntutan cukai seperti yang diminta oleh MAHB.

MAHB pula berkata pihak mereka tidak pernah mengenakan caj RM3.00 bagi fi tersebut di KLIA2. Sebaliknya caj tersebut dikenakan sendiri oleh AirAsia dan dimasukkan ke dalam tambang.

Kredit : Malay Mail / Gambar Hiasan

MAHB dalam satu kenyataannya menerusi The Edge berkata, “Bayaran KLIA2 itu telah dikenakan dan dikutip sendiri oleh AirAsia sejak terminal KLIA2 mula beroperasi pada 2014.”

Jurucakap MAHB berkata, “Satu-satunya caj kepada penumpang yang dikutip oleh MAHB adalah caj perkhidmatan penumpang (PSC) sebanyak RM11.00 untuk perlepasan domestik, RM35.00 untuk perlepasan Antarabangsa ke negara-negara ASEAN dan RM73.00 untuk perlepasan Antarabangsa ke negara-negara bukan ASEAN.”

Sumber : SAYS, The Edge Market

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds