KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penggunaan rokok elektronik iaitu vape, serta shisha turut dilarang dalam semua premis makanan.

Pengumuman dibuat di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam satu poster yang menyebut, “Vape Nano Stick dan Shisha turut dilarang di premis makanan”. Larangan tersebut berkuat kuasa sama seperti larangan merokok yang bermula 1 Januari.

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

Oleh itu, bagi penggemar rokok elektronik vape dan nano stick, serta shisha, anda masih boleh menikmati rokok jenis ini bersama perokok biasa yang lain asalkan berada 3 meter jauh dari premis makanan.

Kredit : FMT

Walau bagaimanapun, timbul persoalan bagaimana status restoran yang menjual shisha sebagai sebahagian tarikan kepada pelanggan. Kemungkinan restoran ini perlu menghentikan penjualan shisha.

Kredit : The Star

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh KKM di halaman Facebook rasmi mereka mengenai larangan merokok di premis makan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ramai yang menyambut baik pengumuman larangan ini dan tidak kurang juga yang memohon penjelasan dan penerangan kementerian dengan lebih terperinci mengenai vape dan shisha.

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

Sementara terdapat netizen yang membantah larangan penggunaan shisha di premis makan, sambil mempersoalkan masa depan restoran bertema shisha yang memperolehi pendapatan melalui penjualan shisha sebagai tarikan utama kepada pelanggan.

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan vape dan shisha turut mengandungi kandungan nikotin dan termasuk dalam larangan merokok menurut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia / Facebook , World of Buzz

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds