Tidak semua antara kita yang suka dengan suasana bising dan bingit terutama pada tengah malam atau awal pagi. Waktu-waktu begitulah kita memerlukan suasana yang senyap dan sunyi supaya kita dapat berehat setelah seharian bekerja. Namun, tidak semua yang bertuah mampu hidup di kejiranan yang mewah dan jauh dari rumah lain jadi mereka terpaksa menyewa di kawasan yang kejiranan yang saling berdekatan antara satu sama lain.

Antara ‘risiko’ duduk berdekatan ialah apabila jiran sebelah rumah menghasilkan bunyi bising terutama pada awal pagi! Pastinya tidak ramai yang gemar berhadapan dengan situasi ini. Bayangkan anda baru ingin tidur di awal pagi kerana terlalu keletihan tiba-tiba ada bunyi muzik yang kuat muncul, pastinya sangat menganggu!

Semua ini dilalui oleh seorang wanita, Candice Marie Benbow apabila jirannya sering membuka muzik dengan lantang pada jam 3 pagi! Lihat apa yang dilakukan wanita ini supaya jirannya faham dengan apa yang dialaminya ketika itu. Jika orang lain mungkin mereka telah ‘menyerang’ jiran yang sering membuat bising tetapi nampaknya gadis ini ada caranya yang tersendiri!

Baru-baru ini Candice telah berkongsi surat yang ditulis buat jirannya di Twitter miliknya dan telah mendapat perhatian ramai. 

Bukan hanya menulis sepucuk surat, Candice juga membuatkan sebiji kek buat jirannya itu. 

Untuk memberitahu jirannya bahawa dia sudah ‘letih’ dengan bunyi bising yang datang dari rumah jirannya, Candice akhirnya muncul dengan idea yang bijak. Jadi, gadis ini menulis sepucuk surat dan membuatkan sebiji kek untuk jirannya itu.

Selepas Candice menulis surat tersebut dia telah memuat naik status di Twitternya dengan menceritakan apa yang berlaku selepas itu.

Candice memberitahu bahawa dia telah mengetuk pintu rumah jirannya tetapi tiada orang yang menjawab. Dia akhirnya meninggalkan surat dan kek di dalam sebuah beg di depan pintu rumah. Apabila dia keluar dari rumah dia mendapati bahawa beg itu sudah tiada di depan pintu rumah jirannya dan dia berpendapat bahawa jirannya telah menerima surat tersebut dan membacanya.

Dan akhirnya jirannya menyedari ‘kehadiran’ memo tersebut! 

Sejak itu apabila jirannya mahu memainkan muziknya dia hanya akan membuka muziknya dengan nada yang paling perlahan.

Siapa sangka mereka berdua akhirnya bertemu juga! 

Candice memuatnaik gambarnya bersama Tommy, jirannya yang baru ditemui. Lelaki itu turut meminta maaf kerana bunyi bising yang datang dari rumahnya hampir setiap awal pagi. Dia juga berjanji untuk mengundang Candice untuk menyertai pesta di rumahnya nanti. Apa yang paling penting ialah lelaki itu juga mengakui bahawa dia menyukai kek yang dibuat oleh Candice!

Rupa-rupanya Tommy ialah seorang penerbit video muzik!

Wajarlah selama ini kedengaran muzik yang kuat dari rumah jirannya kerana lelaki itu sebenarnya ialah seorang penerbit video muzik !

Sejak itu mereka mula berkawan dan Candice baru mengetahui bahawa Tommy juga sebenarnya baru pindah ke situ.

Banyak perkara yang mereka kongsikan bersama antaranya ialah cerita mengenai kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Tommy memberitahu bahawa dia telah kehilangan anak perempuannya pada awal tahun lalu akibat kemalangan jalan raya dan Krismas tahun lalu adalah Krismas pertamanya tanpa anaknya.

Candice juga merasai perasaan yang sama apabila dia juga berada dalam kesedihan selama beberapa bulan selepas pemergian ibu kesayangannya.

Siapa sangka jiran yang selama ini dirasakan cukup menyakitkan hati kerana mengganggu malam-malamnya kini menjadi sahabat yang baik. Benarlah kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Bermula dengan sepucuk surat dan sebiji kek yang dihantar pada jam 4 pagi Candice akhirnya bertemu dengan jirannya yang akhirnya menjadi kawannya!

Sumber: Candice Marie Benbow/Twitter, Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds