Pada 6 Januari, negara dikejutkan dengan surat perletakan jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Justeru, Majlis Raja-Raja difahamkan akan mengadakan mesyuarat khas dan undian untuk memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Semasa dalam tempoh itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diputuskan untuk memangku tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong sehingga Agong yang baharu ditabalkan.

Kredit: Sin Chew Daily

Awal pagi ini, satu mesyuarat telah diadakan bagi memilih tarikh pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan ia dihadiri oleh enam daripada sembilan sultan, iaitu ;

- Sultan Perlis : Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail,
- Sultan Terengganu : Sultan Mizan Zainal Abidin,
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan : Tuanku Muhriz Tuanku Munawir,
- Sultan Johor :  Sultan Ibrahim Iskandar,
- Sultan Perak : Sultan Nazrin Muizzudin Shah, dan
- Sultan Kedah : Sultan Sallehuddin Shah.

Majlis Raja-Raja dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari ini.

Beberapa prosedur ditetapkan dalam menentukan pemilihan Yang di-Pertuan Agong baharu antaranya, baginda mesti dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut kaedah dan cara ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.

Jika berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.

Menurut sistem monarki dalam perlembagaan Malaysia, Agong baharu akan dipilih untuk tempoh satu penggal (lima tahun) mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds