Pakar psikologi mendedahkan bahawa perwatakan kita sebenarnya boleh dilihat melalui pemilihan kita dalam memilih bentuk geometri. Jadi, untuk melihat sisi perwatakan lain yang mungkin selama ini anda tidak perasan mengenai diri anda sebuah kuiz mudah telah disediakan bersama dengan jawapannya.

Apa yang perlu dilakukan adalah mudah iaitu dengan memilih salah satu daripada bentuk segi tiga yang ada di bawah dan bentuk yang dipilih akan memberikan gambaran sedikit sebanyak mengenai diri kita dan dengan itu kita juga dapat mengenali diri sendiri dengan lebih baik.

Pilih salah satu bentuk segi tiga di bawah.

Tatal ke bawah untuk melihat apa yang diceritakan oleh bentuk segi tiga pilihan anda!

#1

Anda seorang individu yang mempunyai keazaman yang tinggi. Anda mempunyai gol dan matlamat dalam hidup. Antara kualiti yang ada pada anda ialah anda seorang yang sangat berdedikasi. Mungkin orang ramai melihat anda sebagai seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan dan terlalu terikat dengan peraturan tetapi bagi anda adalah lebih baik untuk memulakan sesuatu pekerjaan atau tugasan dengan baik dan sempurna sejak dari awal lagi. Ramai yang yakin dengan anda dan ini menjadi antara sebab menjadikan anda seorang yang berjaya!

#2

Anda memiliki personaliti yang tersendiri dan menjadi diri anda sendiri serta anda tidak takut untuk mempamerkan karakter tersebut di hadapan orang ramai. Hal ini menjadikan anda seorang yang autentik. Kebenaran adalah sebuah nilai yang sangat ‘mahal’ dalam diri anda dan anda sentiasa sedaya upaya untuk menjadi seorang yang sangat jujur. Hal ini membuatkan anda seorang yang berterus terang dan memiliki kelakuan yang positif sehingga ramai yang suka datang kepada anda yang bertanyakan pendapat anda mengenai sesuatu.

#3

Anda seorang yang rasional. Anda adalah ‘tulang belakang’ dalam kumpulan anda. Anda suka mengatur strategi sebelum melakukan setiap keputusan yang anda ambil dan perancangan anda sememangnya sangat terperinci. Anda juga seorang yang sistematik dan sentiasa yakin dengan kemahiran dan bakat yang anda miliki. Ramai yang suka mentertawakan anda kerana anda seorang yang agak lurus tetapi mereka juga sedar bahawa hakikatnya anda seorang yang sangat penyayang dan suka mengambil berat.

#4

Anda seorang yang begitu bersemangat dalam melakukan sesuatu. Setiap gol dan matlamat yang anda miliki anda akan cuba untuk mencapainya dengan penuh dedikasi dan keyakinan diri. Anda tidak membenarkan atau membiarkan ada apa sahaja halangan menjadi gangguan dalam mencapai objektif anda. Ada yang berpendapat anda seorang yang terlalu tegas namun akhirnya kesemua misi dan matlamat yang berjaya dicapai membuatkan anda berpuas hati dengan apa yang anda lakukan.

#5

Anda seorang yang peramah dan mudah bergaul serta mesra dengan orang ramai. Anda boleh sahaja memulakan perbualan dengan sesiapa sahaja dan dalam masa yang sama anda juga seorang pendengar yang baik. Bagi anda ahli keluarga dan sahabat-sahabat anda adalah sesuatu yang paling berharga dalam hidup anda dan anda akan cuba  untuk meraikan mereka setiap hari. Memandangkan anda seorang pendengar yang baik maka mereka tidak teragak-agak untuk datang kepada anda kerana mereka tahu anda boleh menenangkan mereka.

Sumber: Brightside

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds