Pesakit yang mengalami demensia dan penyakit Alzheimer serta mereka yang menjaga pesakit ini pastinya menghadapi banyak cabaran. Salah satu daripada cabaran itu adalah untuk mengekalkan hidrasi tubuh pesakit.

Perkara ini mungkin tidak kelihatan penting pada mulanya, tetapi orang yang mengalami demensia sering lupa untuk minum air. Akibatnya, ramai orang yang mengalami demensia akan kekurangan air dalam badan.

Kredit: The James Dyson Award

Tetapi syukurlah, terdapat seorang pemuda yang bernekad untuk mengubah situasi yang sering berlaku ini. Lewis Hornby yang mendapat pelajaran di London mempunyai seorang nenek yang sering lupa untuk minum air dan dia bernekad untuk mencari jalan penyelesaian.

Hornby muncul dengan idea yang dikenali sebagai Jelly Drops, air minuman yang disimpan di dalam kantung air yang bersaiz mudah dimakan yang kelihatan seperti snek yang enak.

Kredit: The James Dyson Award

Sememangnya tiada ubat untuk demensia, tetapi adalah penting untuk pesakit tidak mengalami kekurangan air dalam badan.

Kredit: The James Dyson Award

“Bagi orang-orang yang mengalami demensia, gejala kurang air dalam badan sering kali memberi kesan terhadap keadaan asas mereka, yang bermaksud masalah ini dengan mudah tidak dapat disedari sehingga menjadi ancaman kepada nyawa pesakit… Sekitar setahun yang lalu, nenek saya tiba-tiba digegaskan ke hospital; dia didapati terlalu kekurangan air. Syukurlah, selepas 24 jam disuntik cecair IV, dia kembali kepada dirinya yang ceria, dan masih menikmati kualiti kehidupan yang baik hingga ke hari ini” kata Hornby.

Kredit: The James Dyson Award

Sebelum akhirnya muncul dengan penyelesaian itu, Hornby menggunakan beberapa pendekatan yang berbeza untuk membantu beliau memahami masalah ini dengan lebih baik.

Dia berbincang dengan pakar psikologi demensia, berunding dengan doktor dan menghabiskan seminggu di rumah penjagaan orang yang mengalami demensia.

Kredit: The James Dyson Award

Apabila Hornby memperkenalkan Jelly Drops kepada neneknya, neneknya dengan teruja merampasnya dari tangan Hornby.

“Ketika pertama kali ditawarkan, nenek saya makan 7 Jelly Drops dalam masa 10 minit, bersamaan dengan satu cawan penuh air, sesuatu yang biasanya mengambil masa berjam-jam dan memerlukan lebih banyak bantuan.”

Kredit: The James Dyson Award

Walaupun Jelly Drops masih dalam fasa percubaan, namun ciptaan ini telah memperoleh dua penghormatan buat Hornby: Helen Hamlyn Design Award – Snowdon Award for Disability dan Dyson School of Design Engineering DESIRE Award for Social Impact.

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds