Dengan jasa penterjemah dalam talian Google, pasangan yang manis ini dapat menjalin hubungan rapat sehingga akhirnya bercinta.

Chloe Smith, 23, dari Wolverhampton, West Midlands, dan teman lelakinya, Daniele Marisco, 25, dari Naples di Itali, pertama kali bertemu di sebuah kelab malam di Ibiza pada dua tahun yang lalu.

Kredit: Caters News Agency

Ketika itu, mereka bukan sahaja mereka tidak dapat mendengar satu sama lain kerana bunyi muzik tekno yang kuat di dalam kelab tetapi mereka juga tidak dapat berkomunikasi kerana masing-masing bertutur bahasa yang berbeza.

Tetapi kerana telah jatuh cinta pada pandangan pertama, mereka menyedari bahawa mereka boleh berkomunikasi menerusi ‘Google Translate’ dan menonton video yang mempunyai sari kata.

Kredit: Caters News Agency

Kini, setelah tinggal bersama-sama di Streatham di London Selatan – di mana Chloe berkerja sebagai jurusolek dan Daniele sebagai pelayan bar di sebuah restoran Itali – mereka masing-masing telah belajar bahasa Itali dan Inggeris untuk memastikan kelangsungan hubungan mereka.

Yang menariknya, pasangan ini masing-masing belajar bahasa asing hanya dengan percakapan harian antara satu sama lain, langsung tidak mengambil mana-mana kelas bahasa.

Kredit: Caters News Agency

“Ada sesuatu yang menarik tentang Daniele – fakta bahawa kami tidak faham antara satu sama lain bukanlah masalah. Kami hanya perlu menekan butang terjemah,” kata Chloe.

“Saya membuat langkah pertama dan meminta nombor telefonnya kerana saya hanya mendapati dia begitu menarik.

“Walaupun tidak pernah mempunyai teman lelaki warganegara asing sebelum ini, saya tahu saya suka dia, dan saya tahu dia akan belajar satu hari nanti. Kadang-kadang anda mesti melakukan perkara-perkara sebegini demi cinta.

“Sesetengah orang menganggap saya gila ketika saya pergi ke Barcelona dengannya setelah mengenalinya selama satu minggu tetapi saya tahu hal itu akan menjadi keputusan terbaik yang saya pernah lakukan.

“Dari sana kami pergi ke Tenerife dan Madrid. Dalam tempoh enam bulan, kami mungkin telah berada di lebih banyak bandar berbanding pasangan lain yang sudah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Dia spontan dan itulah yang saya cintai.

Kredit: Caters News Agency

“Saya pergi untuk tinggal bersamanya dan keluarganya di Naples pada tahun 2016 dan itu adalah mimpi yang menjadi kenyataan. Naples adalah salah satu bandar yang paling tulen dan indah yang pernah saya lawati di Eropah.

“Semakin banyak masa kami luang bersama-sama semakin kurang penggunaan penterjemah Google, dan sekarang hanya beberapa kali sahaja Daniele tidak tahu perkataan dalam bahasa Inggeris.”

Kredit: Caters News Agency

Ramai rakan-rakan pasangan itu tidak percaya hubungan itu akan berlangsung dan menganggapnya hanyalah ‘hubungan sementara’.

Tetapi mereka menegaskan bahawa mereka telah membuktikan kepada semua orang bahawa anggapan mereka selama ini salah dan kini mereka suka berkomunikasi dalam kedua bahasa ibunda mereka.

Daniele menambah: “Chloe banyak bercakap dan ketawa, tetapi saya tidak faham. Satu-satunya perkara yang saya faham adalah dia istimewa.

Kredit: Caters News Agency

“Kami mahu bersama dari saat kami pertama kali bertemu dan itulah sebabnya kami boleh lakukannya. Dia membantu saya mempelajari bahasa Inggeris dan saya telah membantunya belajar bagaimana memasak makanan Itali.

“Kami telah membuktikan kepada sesiapa yang meragui kami bahawa kami memang ditakdirkan bersama.

“Sejak awal lagi saya mempunyai perasaan yang baik tentang Chloe. Dia adalah jiwa saya.”

Terima kasih, Google translate!

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds